Adakah ini program Sambutan Maal Hijrah peringkat N. Sembilan atau ada program 
lain ? ( Doa Akhir Tahun Hijrah : Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata 
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun 
ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah 
ampunkan dosanya setahun" ) 

Malam Budaya NS 28 Disember
Utusan Malaysia 16 Dis 2008

SEREMBAN Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) akan menganjurkan Malam 
Budaya Negeri Sembilan di Dataran Seremban dekat sini pada 28 Disember ini.

Presidennya, Khaidir Jamal berkata, program yang turut mendapat kerjasama 
Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu menyasarkan penyertaan 
persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini.

Jelas beliau, matlamat utama program berkenaan adalah untuk memupuk semangat 
cintakan budaya tempatan di kalangan belia.

''Lebih istimewa lagi, beberapa persatuan belia dari Yaman akan hadir 
menyaksikan Malam Budaya Negeri Sembilan," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Khaidir, pihaknya turut menjemput kumpulan artis-artis budaya dari 
Sumatera Barat, Indonesia untuk membuat persembahan.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung program itu membantu mempromosi 
kegiatan pelancongan di negeri ini.

''Saya dimaklumkan persatuan belia Yaman akan menghantar rencana dan gambar 
tentang lawatan mereka di sini kepada media cetak di negara mereka.

''Inisiatif itu akan membantu mempromosi destinasi pelancongan di negeri ini 
secara percuma kepada orang ramai di Yaman," jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khaidir berkata, seramai 20 wakil 
persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini terpilih untuk menghadiri 
Persidangan Belia Antarabangsa di Phnom Penh, Cambodia dijadual berlangsung 
pada awal tahun depan.

Beliau berharap wakil-wakil yang terpilih memanfaatkan sepenuhnya peluang 
menimba pengetahuan dan pengalaman serta memperluas pergaulan semasa menghadiri 
persidangan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
 


DOA AWAL TAHUN Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu 
Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak 
Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua 
Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 
http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke