Rejim Zionis menyalahkan Hamas bila "truce" berakhir.


Kekalahan  Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihanraya pertama di
Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim
Zionis dan AS. Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber
kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan
Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini. Seterusnya mereka juga  mengharapkan
Mahmud Abbas dapat mendirikan sebuah negara secular Palestin, bukan sekadar
berjiran dengan Israel malah  sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis
dan AS.



Kemenangan Hamas pula merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi
Palestin.

Walaupun Hamas telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan pakatan dengan
Fatah, rejim Zionis dan AS masih tidak berpuashati. Ini disebabkan mereka
masih melihat kerajaan baru ini dikuasai oleh Hamas kerana majoriti kerusi
di Parlimen dikuasai oleh Hamas. Hakikatnya mereka tidak akan menerima
sebuah negara yang diperintah oleh Hamas  yang ingin menegakkan syariat
Islam.



Oleh itu apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006 hingga 2008) dibumi
Palestin khususnya di jalur Gaza sehinggalah tamatnya  tempoh "truce" pada
19 Disember baru-baru ini ialah rejim Zionis dan AS  telah merancang dan
melakukan berbagai usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas (yang
dianggap pengganas oleh rejim Zionis dan AS) dan seterusnya cuba memadamkan
api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.



Walaupun sepanjang tempoh ini terdapat berbagai perjanjian damai yang
diusahakan terutama sekali oleh AS, tetapi bertujuan lebih untuk
mengembalikan pimpinan Mahmud Abbas dan ingin mendapatkan sokongan
antarabangsa terutama sekali negara Arab dan Islam dengan memberi harapan
palsu tentang kedamaian. Tentu sekali semua perjanjian damai ini bukan
bertujuan untuk mencari kedamaian dalam ertikata yang sebenarnya.



Bermula seawal bulan Januari 2006 (selepas piliharaya di Palestin), segala
usaha untuk memberi tekanan kepada Hamas dan pengikutnya telah bermula.
Dengan adanya tembok batu pemisah-yang pembinaannya di haramkan oleh PBB-
yang bina oleh Ariel Sharon ( yang kini dalam azab nazak yang panjang)
memudahkan segala usaha jahat ini. Segala pergerakan keluar-masuk penduduk
dan kegiatan ekonomi rakyat Palestin melalui tembok batu pemisah ini menjadi
semakin sukar. Ini secara langsung langsung memberi kesan buruk kepada
kehidupan rakyat Palestin yang sebelum ini memang telah lama  menderita.
Keadaan ini sepertimana yang di sebut oleh Jimmy Carter (bekas President AS)
bahwa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara mereka
sendiri akibat tembok batu pemisah ini dan dasar apartheid rejim Zionis.



Bila Gilad Shalit, seorang tentera IDF ( Israeli Defend Force),  di tawan –
tetapi rejim Zionis mengatakan beliau  diculik- oleh pejuang Islam (Popular
Resistance Committee)  pada bulan Jun 2006, gelombang kezaliman rejim Zionis
kembali melanda penduduk Palestin. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan
dengan pertukaran tawanan perang sahaja sepertimana yang dituntut oleh
pejuang Islam ini, sebaliknya rejim Zionis mengambil peluang ini untuk
melakukan kemusnahan yang maksima terhadap penduduk Palestin iaitu satu
kaedah yang disebut sebagai  "disproportionate force". Antara tindakan yang
diambil ialah rejim Zionis  telah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin
dan memusnahkan  rumah, bangunan dan hartabenda penduduk Palestin demi
membebas hanya seorang rakyat Israel. Bukan setakat itu saja rejim Zionis
juga telah menahan hampir seribu penduduk Palestin  termasuklah
berpuluh-puluh orang ahli Parliamen Hamas. Tindakan ini sekali lagi dillihat
sebagai usaha untuk melemahkan lagi kerjaan pimpinan Hamas ini.



Kerajaan pakatan Hamas/Fatah  tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas
keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan  Jun 2007. Hamas  pula
dituduh  "merampas
kuasa" tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah
yang sah dan berkuasa.  Akibatnya, pemerintahan kerajaan baru Palestin
berpecah dua. Mahmud Abbas, yang masih mengaku President PA  berkuasa di
Tebing Batar dan tentu saja mendapat sokongan dari rejim Zionis dan AS.
Manakala Hamas terus berkuasa di jalur Gaza dengan mandat diberi oleh
penduduk Palestin.



Kini kezaliman rejim Zionis lebih tertumpu di jalur Gaza di mana Hamas
berkuasa. Tindakan  ini jelas bertujuan untuk mengulingkan Hamas. Malah
melalui kaedah "collective punishment" -yang diharamkan oleh pertubuhan hak
asasi manusia antarabangsa-dimana seluruh penduduk dijalur Gaza juga turut  di
hukum kerana  terus memberi sokongan kepada Hamas.  Antara tindakan-tindakan
kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis ialah melancarkan pencerobohan di
jalur Gaza, membunuh beratus–ratus  penduduk awam dan merosak harta-benda
penduduk di jalur Gaza. Malah yang lebih kejam lagi ialah Rejim Zionis juga
mengenakan sekatan dan kepungan di jalur Gaza yang disebut sebagai "Gaza
Siege". Melalui tindakan kejam ini semua pintu masuk ke jalur Gaza ditutup,
menyekat semua  bahan-bahan  keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan
keperluan lain untuk kegiatan ekonomi. Akibatnya, jalur Gaza mengalami
krisis kemanusian yang teruk.



Dalam tahun yang sama juga iaitu pada bulan November 2007, Mahmud Abbas
telah menandatangi satu perjanjian damai diantara Ehud Olmert dan George W.
Bush.

Perjanjian damai ini  yang dipanggil sebagai Sidang Damai Annapolis,
menjanjikan sebuah Negara Palestin yang berjiran negara Israel (two state
solution). Perjanjian ini dibuat semasa penduduk djalur Gaza sedang
menderita akibat sekatan dan kepungan rejim Zionis.



"Gaza Siege" yang zalim ini berlansung sehingga tahun 2008. Hujung
bulan  Januari
2008 dunia telah dikejutkan dengan peristiwa Hamas meletupkan tembok batu
pemisah berdekatan dengan Rafah. Tindakan ini dilakukan demi untuk
menyelamatkan 1.5 juta penduduk di jalur Gaza yang sedang mengalami krisis
kemanusian yang meruncing. Hasilnya,  Hamas dan krisis kemanusian penduduk
di jalur Gaza menjadi perhatian dunia.

Walaupun begitu sikap angkuh rejim Zionis yang tidak kenal  erti kemanusian
telah mengenakan satu lagi tindakan yang zalim iaitu memberhentikan bekalan
bahanapi untuk menjalankan operasi janakuasa elektrik di jalur Gaza. Jalur
Gaza bergelap, hospital berhenti beroperasi dan semua kegiatan ekonomi  lumpuh
sama sekali.



Hasil dari tindakan zalim dan kejam rejim Zionis iaitu melalui sekatan,
kepungan dan pencerobohan  selama hampir 3 tahun terutama sekali di jalur
Gaza hampir 1000 rakyat Palestin yang telah dibunuh  termasuk bayi yang baru
berumur 4 bulan hinggalah orang tua yang berumur 65 tahun, hampir 5000
rakyat Palestin yang ditahan dan kemusnahan tempat tinggal dan harta-benda
rakyat Palestin makin meningkat.



Malah yang  menyedihkan lagi lebih dari 261 orang pesakit  di jalur Gaza
mati akibat kekurangan ubat-ubatan ataupun tidak dapat permit dari rejim
Zionis untuk keluar dari jalur Gaza bagi mendapat rawatan lanjut. Antara
yang mati termasuklah kanak-kanak yang baru lahir hinggalah kepada orang
tua.



Beberapa statiks telah keluarkan oleh beberapa pertubuhan hak manusia
seperti URWA, bagi mengambarkan betapa terusknya  krisis kemanusian di jalur
Gaza seperti berikut : 77 % penduduk sangat memerlukan dengan segara bantuan
kemanusian seperti makanan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi; kadar
'malnutrition' adalah paling tinggi didunia; simpanan makanan (food
insecurity) berada pada tahap paling bahaya  iaitu 56%. Dan   42% dari
penduduk disini tidak mempunyai pekerjaan.



Namun dengan segala penderitaan dan kesusahan yang ditanggung Hamas dan
penduduk Islam di jalur Gaza, mereka masih mampu bertahan hingga saat ini.
Malah sepanjang sekatan dan kepungan ini Hamas dan pejuang Islam masih mampu
memberi serangan-balas terhadap rejim Zionis. Perkara ini merupakan mimpi
ngeri untuk orang Yahudi.



Tindakan balas ini memberi kesan buruk kepada pemimpin politik rejim Zionis.
Mereka di lihat tidak mampu mengalahkan Hamas dan seterusnya memberhentikan
serangan roket terutama sekali di selatan Israel. Bukan setakat juga
tindakan Hamas ini juga memberi kesan kepada Sidang Damai Annapolis.



Faktor politik dalaman Israel, isu pembebasan Gilad Shalit,  tekanan
antarabangsa dan pengaruh Hamas dikalangan penduduk Palestin memaksa rejim
Zionis menerima Hamas sebagai rakan-runding dalam sebuah perjanjian
sementara yang disebut sebagai "truce"

 ("calm" ataupun "lull") dengan Mesir menjadi orang tengah (broker).



Dalam "truce agrement" ini kedua-dua pihak (rejim Zionis dan Hamas) diminta
 memerhentikan semua serangan supaya proses perdamaian yang utama dapat
diteruskan. Hamas bersetuju dengan "truce' ini  tetapi dengan syarat rejim
Zionis menamatkan semua sekatan dan kepungan, membuka semua pintu masuk ke
jalur, menghentikan  sekatan ekonomi dan semua pencerobohan. Hamas dan
beberapa pejuang bersenjata Islam yang lain mula mematuhi 'truce' ini pada
19 Jun 2008. Dari tarikh ini Hamas berjanji memerhentikan semua serangan
roket ke wilayah Israel. kecuali rejim Zionis memulakan serangan ataupun
pencerobohan dahulu.



Hamas memberi tempoh selama 6 bulan kepada  rejim Zionis untuk mematuhi
segala persetujuan yang terdapat dalam truce ini terutama sekali
memerhentikan semua sekatan dan kepongan, membenarkan semua bantuan
kemanusian masuk ke jalur Gaza dan memerhentikan semua sekatan ekonomi.



Pada 19 Disember  yang lalu Hamas mengistiharkan bahwa tempoh 6 bulan telah
berakhir dan tidak akan menyambungkan tempoh ini. Rejim Zionis menuduh bahwa
Hamas tidak berminat untuk melakukan perdamian dan memilih peperangan.



Tetapi Hamas pula mengatakan "truce" ini gagal mencapai matlamatnya. Rejim
Zionis masih lagi meneruskan sekatan dan kepungan di jalur Gaza. Tindakan
ganas dan pencerobohan oleh masih dilakukan oleh rejim Zionis sepanjang
tempoh "truce'.Buktinya apa yang telah dilapurkan  oleh  Palestinian
Information Center pada 19 Disember : Sepanjang tempoh 6 bulan ini seramai
49 rakyat Palestin dibunuh termasuk 7 orang kanak-kanak. Bulan November juga
menyaksikan kadar kematian yang  tertinggi di jalur Gaza dalam satu bulan
iaitu seramai17 orang.



Menurut Brigade Qassam pula sepanjang tempoh 6 bulan "truce" ini  IOF
(Israel Occupation Force) telah melakukan serangan sebanyak 185 kali,
manakala Qassam Brigades melakukan serangan balas sebanyak 170 kali yang
mengakibat 38 rakyat Yahudi tercedara ( tiada kematian dilapurkan).



Oleh itu, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyebabkan "truce" ini
berakhir?



Megat Shariffuddin Ibrahim

PACE.

http://dariipohuntukgaza.blogspot.com



Rujukan: Palestinian Information Center, Haaretz.Com., Holy Land Unholy War
(Anton La Guardia) dan Peace not Apartheid (Jimmy Carter)

Kirim email ke