Assalamualaikum,

Lihata tajuk bawah apa yang saya highlightkan dibawah;

Walaubagaimana pun orang-orang
bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam
atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. 

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum 
Islam..  

Betulkah dalam Islam bahawa hukum hudud hanya terkena kepada orang Islam sahaja 
dan orang kafir dibenarkan berhukum dengan sivil law? Dalil mana yang saudara 
pakai atau gunakan?



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Sat, 12/27/08, respeks 2008 <[email protected]> wrote:
From: respeks 2008 <[email protected]>
Subject: (INGATAN) Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected]
Date: Saturday, December 27, 2008, 10:37 AM










    
            Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat  Bukan Islam.

Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu



Oleh suhaizan

"Pada
20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa  Naib Presiden
PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah
diadakan di Kelantan. 

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin
mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum
hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa
PAS akan tetap melaksanakan hudud. 

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak 
kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

 Maka
berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP,
MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang
ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah
kenyataan Husam Musa. 

Persoalanya mengapa sebahagian
masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka
faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?  

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat 
bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya
dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud,
kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu
hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina
tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak
dan menderhaka kepada negara. 

Qisas adalah hukuman balas iaitu
bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka.
Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan
qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang
bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam
atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. 

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum 
Islam..  

Kebaikkan Pertamanya:  Menjaga Keturunan dan Kehormatan  

Sebab
utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau
bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk
menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul
kehormatan orang lain. 

Tentunya kita benci kalau ada orang
merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman
hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum
ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya
2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta
penduduk  Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. 

Cuba
kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud,
bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada
tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak
mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk
di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara
tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). 

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 
8sv.pdf   

NegeraKes RogolTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi  x 1 
jutaKanada24,35033,465,300727.62Malaysia1,43127,730,00051.60Jerman8,61582,127,000104.90Arab
 Saudi5924,735,0002.39United 
Kingdom13,39561,186,000218.92Amerika95,136305,975,000310.93 Rajah 1 : Statistik 
kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.  

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda 

Hukum
hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia.
Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan
hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah
yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat
106,621 kes jenayah berlaku. 

Cuba pula kita lihat kes jenayah
di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk
disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002.
Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 
8sv.pdf   

NegeraTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi  x 1 
jutaKanada2,516,91833,465,30075,210Jerman6,507,39482,127,00079,236Arab 
Saudi84,59924,735,0003,420United 
Kingdom6,523,70661,186,000106,621Amerika11,877,218305,975,00038,818 Rajah 2 : 
Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.  


Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju 

Apabila
jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan  pencuri
takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk
berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga
tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. 

Modal
perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi
semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu
membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan
membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening
kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua
urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur 

Kebaikkan seterusnya akan bersambung.. ...

KESIMPULANNYA  MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?   Suhaizan Bin 
KaiatKetua PeneranganDewan Pemuda PAS PusatBlog : http://kentong- suhaizan. 
blogspot. com"
 Salam Perkenalan dari respeks2008. ..
Kenali kami... 
ym : mr.respeks
weblog : http://respekss. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks_ group/  






      
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke