Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir telah dimasyhurkan 
sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh 
istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti . Baginda yang 
diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar 
Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

******************** 
Orang Negeri Sembilan ini berbangga dengan Adat Perpatih , tapi setakat bangga 
sahajalah. Tapi tak pernah nak ambil tahu pasal Adat Perpatih hinggakan penulis 
terkenal dari Negeri Sembilan yang banyak menulis mengenai Adat Perpatih pun 
mereka tidak kenal. 

SINEMA MALAYSIA ‘HANTAM KEROMO’
TAK KENAL PENULIS MELAYU ATAU INDIA.

Entah macam mana tiba-tiba sahaja anak saya melayari laman web ‘sinema 
Malaysia’ semalam (3 Disember 2008), justeru terbaca bahan berkaitan filem 
‘Raja Melewar’ yang diterbitkan pada dekad 1990-an. Lawan web berkenaan juga 
diposted tahun 1998 yakni sudah 10 tahun berlalu, dengan tak dibuat sebarang 
pembetulan. Penulis skrip filem “Raja Melewar’ memang tertulis nama ‘Dharmala 
N.S.’, tetapi bangsa disebut ‘India’. 

Sumber : 
http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/12/jejak-pulang-sasterawan-memoir.html 

ARTIS LEBIH PENTINGKAN GLAMOUR:
PENULIS SKRIP DI MALAYSIA TERPINGGIR
Filem ‘Raja Melewar’ yang diterbitkan oleh Filem Masters Sdn Bhd pada 1996 
berdasarkan rekod laman web filem Malaysia, tak memberi kredit kepada penulis 
skripnya. 

Tak tahulah dengan penerimaan masyarakat terhadap slogan kementerian kebudayaan 
(iaitu bagi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) yang 
diwar-warkan ‘budi bahasa budaya kita’ selama ini. 

Bukan sahaja laman web Filem Malaysia tak tahu penulis skrip filem ‘Raja 
Melewar’, malah pelakon-pelakonnya tak pernah ambil tahu mengenai penulisnya. 
Apalagi pelakon utama yang diberi ganjaran RM30,000 adalah berdasarkan 
rekomendasi penulis skrip itu sendiri. 

Sumber : 
http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/11/jejak-pulang-sasterawan-memoir_27.html
 

Begitulah Selasa lalu (16 Disember 2008), aktivis budaya di Pahang, L Mankadir 
Shamsi ketika ditemui di gerainya di pekan Lancang, secara sinikal menyebut, 
kalau Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) atau kerajaan Negeri Sembilan 
bermaruah, nama saya seharusnya dikeluarkan dari buku biografi penulis-penulis 
Negeri Sembilan. 

Apabila saya sudah dipinggirkan, maknanya saya bukan lagi anak Negeri Sembilan 
(tetapi anak Melayu); saya juga tak dilahirkan di Negeri Sembilan (tetapi 
dilahirkan di Malaysia). PEN dan kerajaan Negeri Sembilan sewajarnya membuang 
nama saya daripada senarai penulis-penulis Negeri Sembilan dalam buku yang 
diterbitkan oleh PEN dengan sponsor kerajaan Negeri Sembilan.(NS dibelakang 
nama saya membawa maksud Ngarai Sianok – begitulah!).

Sumber : 
http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/12/jejak-pulang-sasterawan-memoir_19.html
 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke