Berikut ialah teks khutbah terkini yang disediakan oleh panel perunding Aman
Palestin Malaysia untuk diedarkan kepada khatib-khatib sebagai pilihan
sekiranya tidak terdapat teks khutbah khusus membicarakan kepentingan dan
kewajipan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia membantu umat Islam di
Palestin. Tolong cetak dan berikan kepada semua khatib-khatib di kariah kita.
****************
Khutbah Pertama
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154:
“Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah
(jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahui”
Sidang Jumaat sekalian,
Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat
Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari
Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap
perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan
Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia. Bermulalah
perancangan-perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan,
sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk
menguasai dunia tercapai.
Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan
kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang
dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan
Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan
oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang
dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang
beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan
meracunnya pada tahun 1487M. Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan,
bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah
menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan
tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917.
Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa
tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan
rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada
serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada
rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati,
Demokrasi pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh Barat dan didokong
oleh mereka telah menyebabkan HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006.
Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi
pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang
dijalankan adalah telus dan adil. Rakyat Palestin telah memilih HAMAS melalui
demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat tetapi negara kuasa besar ini
jugalah, yang menafikan kemenangan tersebut hasil daripada pengaruh zionis yang
menguasai Rumah Putih. Rakyat Palestin telah memilih kerajaan yang sah menurut
perlembagaan tetapi telah dinafikan kerana memilih HAMAS yang menjadi musuh
kepada negara Israel. Amerika dan Israel lebih minat untuk membuat hubungan
dengan FATAH yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas kerana mudah bagi mereka
mempengaruhinya berbanding Ismael Haniyya yang lebih tegas dengan Israel.
Hakikatnya pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah
perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak
memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan.
Kemenangan HAMAS telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga
menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat
Palestin di Semenanjung Gaza. Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan
dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi
kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan,
rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa
menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan
protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat
Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan
berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan oleh
masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Setelah pelbagai sekatan
dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada
di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketumbukan tentera daratnya dengan
kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza
dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih
daripada 300 rakyat Palestin. Apa yang lebih malang, sebuah keluarga yang
mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah
ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga
menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang
berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis
tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya.
Sidang Jumaat rahimahullah
Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan kiblat pertama umat
Islam, masjid kedua dibina setelah Masjid al-Haram dan merupakan tempat di mana
Rasulullah saw di Isra’kan sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Negara
Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan
oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan
negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya. Pembebasannya
telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom
Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib
Eropah. Walaubagaimanapun, Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin
Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun
1187M. Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa
Kurdi ini mengenai Palestin ialah:
“Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat
menguasai dunia keseluruhannya”
Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah
dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan-perancangan licik mereka melalui
kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan
kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang
teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang
diutuskan kepada mereka. Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa
pada tahun 1967 dan bangsa ini jugalah yang sekarang ini sedang melakukan
holocoust kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Kekejaman dan kezaliman
yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu
kitab Talmud dan terbaru Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa
supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan
semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon. Pertubuhan inilah yang telah
mengganas dan membunuh ribuan pelarian
Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak
mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan
resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan
menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa
pilihan tuhan. Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai,
perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan
kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.
Sidang Jumaat sekalian,
Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan
tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka
bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran
roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya.
Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel
sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat
Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan
serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya
yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.
Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin
tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah
kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada runtuh untuk
digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon. Adakah kita hanya
menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat
kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan
orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan
membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin?
Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di
mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad
menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam,
maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di
akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada
perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.
Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yang boleh
kita berikan ialah:
1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar
kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.
2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat
Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin
atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan
musuh Allah swt.
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya
Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.
4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka
menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah
negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui
gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap
Palestin.
5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin
sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh
umat Islam.
6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan
tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang
ditindas dan dizalimi.
7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan
yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha
melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.
Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat
Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah
Dahulunya penjajah telah melabelkan Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Mat
Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman dan para pejuang Melayu yang lainnya
sebagai pemberontak dan akhirnya mereka diburu oleh penjajah British sehingga
mereka syahid di medan pertempuran. Mereka dianggap oleh British sebagai
pemberontak kerana mereka bangun menentang penjajahan dan mempertahankan Tanah
Melayu dari terus dijajah oleh British. Persoalannya sekarang, adakah HAMAS
yang berjuang menentang keganasan dan kezaliman di bumi Palestin dianggap
sebagai pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan rakyat
yang memilih mereka? Adakah mereka pengganas kerana merekalah yang
mempertaruhkan jiwa dan raga mereka membebaskan Palestin? Sesungguhnya
tertipulah kepada mereka yang menganggap HAMAS sebagai pengganas kerana label
ini diberikan oleh negara haram Israel dan Amerika Syarikat. Oleh yang
demikian, persengkokolan dengan mengiktiraf HAMAS sebagai pengganas
merupakan satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Mereka adalah pejuang
mempertahankan tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dengan kelengkapan
peperangan yang amat terhad.
Sidang Jumaat sekalian,
Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan
berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya
Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini
tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin! Takbir!
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[email protected]
mailto:[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/