Mari kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta 
kemenangan dan kemuliaan Islam.












    
            







اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا
الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، 
وَإِنَّ
بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ
نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ 
المَوْلَى
النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،  

Ya Allah! Sesungguhnya
hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang
menimpa saudara-saudara kami di Gaza 
sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan
cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan
Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami
memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan
Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan
Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ? 

   

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ
مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.  

Wahai Tuhan yang
ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan
hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu. 

   

اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ
يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي
الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ 
الصَّهَايِنَةِ
وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.  

Wahai Tuhan Yang Maha
Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha
Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di
bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa
yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam. 

   

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ
مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ 
أُنْفُسُنا
إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ 
وَأَهْلَهُ
وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ. 

Wahai Tuhan yang
pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya
sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan
Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya,
serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya. 

    

 



      

Kirim email ke