KENYATAAN AKHBAR
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
MEMBANTAH SERANGAN REGIM ISRAEL KE ATAS GAZA, PALESTIN

 

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan
biadap rejim Zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan
keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari
tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis
sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat
penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan
ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan
jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apache ke atas sasaran awam. 

 

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 400
orang dan 1700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan
rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang
tertimbus dalam runtuhan bangunan. Sehingga saat ini, serangan akan
diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan seperti yang
dijelaskan mereka kepada Presiden Perancis semalam. Bahkan pasukan darat
tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan
serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan
meningkatkan lagi kemusnahan dan kematian di kalangan penduduk Gaza.


JIM menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan
langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ia adalah satu lagi
pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik
sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan
roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan
tindakan Israel. Serangan roket pejuang Palestin yang kononnya menjadi punca
tindakan luar batasan negara haram Isreal ini sebenarnya hanyalah serangan
balas ke atas beberapa provokasi dari tentera Israel sendiri termasuklah
tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata
sedang berkuat kuasa.


JIM juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan
ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini jelas menunjukkan
bahawa regim Zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah
kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat
kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang
semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan
kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.


JIM menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat
yang dikuasai oleh Zionis dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir
dan Pihak Berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu
sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin serta berat sebelah
di dalam membentangkan fakta yang sebenarnya. 

 

JIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk kembali kepada fakta-fakta asas dan
melihat isu ini dari perspektif yang lebih holistik dari segi sejarah, hak
asasi manusia, kemanusiaan, peradaban, hak bersuara, hak wanita, kanak-kanak
dan orang tua malahan apa sahaja konvensyen antarabangsa kemanusiaan yang
wujud hari ini. Ketika kita mengingatkan tarikh 31hb Ogos 1957 sebagai hari
kemerdekaan Negara, pada 31hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basle,
Switzerland, iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk
menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi. Ini diekori dengan Deklarasi
Balfour untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel
diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

 

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat. Dalam
peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel, tentera Israel telah
menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas
dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses "pengYahudian" bumi
Palestin dilancarkan oleh Israel. 

 

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini, sekarang bumi Palestin telah
dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri
menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah. Sebanyak 80 kem
pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan, Lebanon dan
Syria. 

 

Selama lebih 60 tahun, ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan.
Mereka berada di tengah-tengah kekejaman penjajah durjana Israel
laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati.


Orang-orang tua mereka diusir keluar dari tanahair, lelaki mereka dikelar
dan ditembak mati, wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya. Kanak-kanak
mereka diletupkan, rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka
dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjid al-Aqsa, meletupkan pejuang-pejuang
Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa
senjata.


Rakyat Palestin yang mahu hidup dengan merdeka, ditangkap dan dikurung
puluhan tahun lamanya, dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap.
Mereka diperlakukan laksana binatang, bahkan binatang lebih berhati perut
berbanding yahudi laknatullah.

 

JIM menyeru rakyat Malaysia untuk merenungkan fakta-fakta ini. Di saat ini
lebih sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan, kurang dari
14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah,
kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat
Palestin sedang menganggur.Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan
satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

 

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila
mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720
km dan 8-12 meter tinggi. Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di
Israel. Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun. 

 

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah
meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang
melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga
mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada
juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana
disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

 

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan. Ada yang terpaksa hidup
dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, ubatan, makanan dan
sanitasi yang sempurna. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan
terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke
tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin
dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri.
Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan,
manusia & peradaban apakah ini yang dilaksanakan oleh negara haram Israel?

 

Hakikatnya hari ini, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang
bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang
bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat
Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi
jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin
adalah selari dengan konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk
mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh
mana-mana pihak.


Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza, JIM
mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat perdana dengan tujuan
yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan
umat Islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi
Gaza dan Palestin. Umat islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan
pembelaan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang
diberkati.

 

JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin
melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan,
website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan
lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan
bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas
nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.


Bergerak ke hadapan, JIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding
bahu:

 

1. Mengadakan Solat Hajat Perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina
kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat Islam agar membela
saudara se Islam yang teraniaya, apatah lagi ia melibatkan tanah suci dan
bumi yang diberkati ALlah SWT.

2. Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin dengan pelbagai
cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah,pejabat, tempat
awam, surau dan lain-lain.

3. Mengeluarkan risalah dan menyebarkan di tempat-tempat awam mengenai isu
sebenar di Palestin.

4. Mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di
Gaza.

5. Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi
muda dengan pelbagai cara yang kreatif termasuklah mengadakan pertandingan
sukan seperti futsal, demonstrasi Parkour, walkathon, cyclathon dan
seumpamanya.

6. Menyuarakan pandangan peribadi kita dengan menulis di dalam blog,
milis-milis, kepada akhbar alternatif dan arusperdana, akhbar antarabangsa,
emel kepada Kerajaan-kerajaan yang terlibat seperti USA, Negara Haram
Israel, EU, negara-negara lain.

7. Memanfaatkan pakej Palestin yang ada pada JIM untuk digunakan di mana
sahaja 

8. Memakai baju Palestin sebagai menandakan solidariti & sokongan kita
kepada mereka.

9. Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin. Hadir dan berikan sokongan
kepada program Training of Palestine Speakers (TOPS) yang bakal diadakan
dalam masa terdekat.

10. Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar
dsbnya dengan memakai baju Freedom for Palestine yang boleh diperolehi dari
Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir bin Tampol, 014-311 0628).

11. Bersedia untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke
Timur Tengah. 


Akhir sekali JIM ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam di atas
penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika
seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (1430H) dan ketika tahun 2008
akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia
menandakan bahawa tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada
rakyat Palestin? Oleh kerana itu JIM menggesa seluruh lapisan masyarakat
bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim Zionis yang
disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

 

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin

Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

02 Januari 2009 / 5 Muharam 1430H

Kirim email ke