Normal
 0
 
 
 false
 false
 false
 
 
 
 
 
 
 
 MicrosoftInternetExplorer4
 

 
 


st1\:*{behavior:url(#ieooui) }





 /* Style Definitions */
 table.MsoNormalTable
        {mso-style-name:"Table Normal";
        mso-tstyle-rowband-size:0;
        mso-tstyle-colband-size:0;
        mso-style-noshow:yes;
        mso-style-parent:"";
        mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
        mso-para-margin:0in;
        mso-para-margin-bottom:.0001pt;
        mso-pagination:widow-orphan;
        font-size:10.0pt;
        font-family:"Times New Roman";
        mso-ansi-language:#0400;
        mso-fareast-language:#0400;
        mso-bidi-language:#0400;}



Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram):


Ibn
‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila
Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang
Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)).
Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah
menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka
Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa 
daripada
kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”.
(Riwayat al-Bukhari)


A’isyah
r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada 
hari A’syura,
dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa
(hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka
dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari &
Muslim).


Daripada
‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang
Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga 
berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila
Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang
ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan
puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia
boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh
tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Inilah
beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura.
Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura
merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan.
Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini
telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada
sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam
Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika
menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab
Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum
‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari
‘Asyura


Sesungguhnya
kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW
bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah
apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW 
ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: ((Ia 
menghapuskan dosa setahun yang lalu)).
(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).


Dalam
riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil 
berat dan
memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini
sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang
puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui 
bahawa Rasulullah SAW berpuasa
sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada
hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke
atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”.
(Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)


Selain
daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa
pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis
sahih, antaranya ialah:


Daripada
Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika
Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut
mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi
dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika
diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak
sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat 
Imam
Muslim)


Daripada
Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW
bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih
hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)).
(Riwayat Muslim).


Imam
al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan
pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan
yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa
pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW
berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9
(tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak
berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan
hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya
berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk:
al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 
2000), jil
4, hal. 254).


Justeru,
marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk
menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang
diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana
yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda 
(maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat
fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas
puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)).

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Kirim email ke