Perjuangan di bumi Palestin: Siapa yang menang dan siapa pula yang gagal?
How much time is left for IDF to operate in Gaza? Ini merupakan salah satu tajuk yang hangat di bincangkan dalam Haaretz. Com. Ini disebabkan Rejim Zionis terpaksa juga memerhentikan semua pembunuhan ini yang disebut sebagai Operasi Cast Lead -bukan peperangan tetapi sebenarnya pembununhan beramai-ramai . Dalam masa beberapa hari sahaja rejim Zionis telah membunuh beratus-ratus penduduk Palestin tanpa ada alasan yang membenarkannya. Selama hampir tiga tahun semua penduduk Palestin dijalur Gaza telah dikenakan "collective Punishament" hanya kerana mereka memilih Hamas sebagai pemerintah. "Collective Punishment " yang berbentuk sekatan makanan, ubat, petrol/disel dan bahan-bahan asas kehidupan yang lain dan juga pencerobohan keatas jalur Gaza telah menyebabkan semua penduduk di jalur Gaza menderita. Tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis ini sebenarnya melanggar undang-undang pertubuhan antarabangsa, iaitu menghukum semua orang kerana satu golongan manusia yang didapati "bersalah " Dengan adanya temboh batu pemisah yang mengelilingi jalur Gaza membolehkan tindakan kejam dan tak berperikemanusiaan ini berterusan dengan mudah dan tanpa ada tempoh masa. Apa yang kita lihat sedang berlaku dalam operasi Cast Lead ini pula ialah satu pendekatan yang dinamakan sebagai " disproportionate force' digunakan. Dalam kaedah ini rejim Zionis akan menggunakan segala kekuatan tentera yang ada dan secara berlebihan untuk mengenakan kemusnahan yang total terhadap Hamas dan kepentinganya dalam suatu tempoh masa yang tertentu tanpa menghirau isu kemanusiaan. Tempoh masa ini amat penting kerana semakin lama tempoh ini semakin banyak kemusnahan akan dilakukan keatas Hamas. Namun begitu setelah serangan darat dilancarkan keatas jalur Gaza, pasukan tentera simpanan telah mula dikerahkan dan operasi ini juga telah mengorbankan beberapa orang askarnya (IDF), Rejim Zionis telah mula berfikir bila tempoh masa ini perlu ditamatkan. Ini disebabkan bagi orang Yahudi sesuatu peperangan ditafsir kalah bila ada kematian terutama sekali bila melibatkan tentera simpanannya. Bagi pemimpin rejim Zionis mereka akan berhenti operasi pembunuhan ini bila suatu rancangan keluar (exit plan) telah dipersetujui. Sudah tentu "exit plan" ini akan cuba memastikan rejim Zionis berada dalam keadaan menang dan dalam pada masa yang sama angka korban (bagi tentera rejim )yang minima. "Exit Plan" ini teramat penting bagi pemimpin rejim Zionis supaya peristiwa kekalahan yang memalukan dalam peperangan dengan Hezbollah di selatan Lebanon tidak berulang. Selama ini tempoh masa ini tidak dipengaruhi oleh tekanan antarabangsa dalam isu kemanusiaan (termasuklah OIC yang lembik dan pemimpin negara Arab yang pengecut), tetapi lebih bergantung kepada keputusan yang akan di buat oleh AS. Dengan kuasa veto yang ada pada tangan AS didalam PBB, AS telah setakat ini berjaya memperpanjang kan tempoh masa ini. AS melakukannya juga walaupun mendapat tentangan dari ramai ahli PBB yang mahukan pembunuhan beramai-ramai ini dihentikan dengan segara atas dasar kemanusiaan. Dalam suasana keadaan kerajaan di rumah Putih masih dalam peralihan dan George Bush yang akan menamatkan penggalnya dalam masa beberapa minggu saja, AS seolah-olah membiarkan saja rejim Zionis bermaharaja-lela membunuh dan menyembelih penduduk Palestin dijalur Gaza yang tak berdosa. Barak Obama hanya mampu membisu saja, katanya George Bush masih President AS dan dia tidak boleh campur tangan dalam urusan luar AS. Satu jawapan yang tak bertanggungjawap (bagi seorang manusia seperti beliau yang mempunyai akal yang sihat dan memahami nilai sebuah kemanusiaan) di saat sebuah bangsa, penduduk Islam di Palestin, boleh dihapuskan dari mukabumi Palestin akibat tindakan kejam dan tak berperikemanusian rejim Zionis. Hamas senantiasa memberi peluang kepada kedamaian dan keamanan malah untuk tempoh masa yang panjang. Namun sekiranya rejim Zionis memilih untuk terus berperang, mereka tidak akan berundur dari membela maruah Islam dan bumi anbiyaa' ini. Bagi Hamas dan pejuang Islam Palestin yang lain kematian bukan bererti kalah sepertimana orang Yahudi tetapi kemenangan yang hakiki-SYAHID. Kemampuan Hamas untuk bertahan dan memberi tekanan kepada rejim Zionis selama 10 hari dalam operasi Cast Lead seperti membunuh 10 orang tentera IDF, mencedera dan menawan beberapa tentera IDF cukup merunsingkan rejim Zionis. Malah keupayaan roket Al_Qassam yang kini mampu pergi jauh mengenai kawasan-kawasan strategik Israel juga memberi kejutan kepada orang Yahudi. Selama 60 tahun pejuang Islam Palestin mampu bertahan dan menentang rejim Zionis. Mereka adalah pejuang-pejuang hadapan (dan proksi) bagi seluruh umat Islam seluruh di dunia bagi mempertahan bumi anbiyaa' ini. Dan sekali lagi mereka mengadaikan nyawa mereka untuk membela bumi anbiyaa' ini. Sekiranya mereka terkorban dalam perjuangan kali ini –mereka adalah Syahid. Sekiranya bumi anbiyaa' ini terus di jajah oleh Yahudi dan Nasrani, mereka( pejuang Islam Palestin) tak boleh di persalahkan kerena mereka telah berkorban dengan nyawa. Yahudi dan Nasrani tidak boleh menawan dan menjajah jiwa pejuang Islam Palestin tetapi Yahudi dan Nasrani telah berjaya mengalahkan umat Islam seluruh dunia kerana kita(umat Islam dunia) gagal membebaskan Palestin dari penjajahan dan cengkaman rejim Zionis dan AS. Megat Shariffudin Ibrahim PACE ( Palestinian Centre of Excellence) Dari Ipoh Untuk Gaza http:/ /dariipohuntukgaza.blogspot.com

