Peristiwa yang berulang. Sekumpulan manusia dibunuh beramai-ramai oleh 
musuh-musuh Allah hanya kerana mereka beriman kepada Allah. Janji balasan Allah 
tetap benar!

Celakalah kaum yang menggali parit,
        (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
        

(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
        Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang 
beriman. 

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan
orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman
kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala 
alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap 
sesuatu.
        


Sesungguhnya orang-orang yang
menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman
dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak
bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana
perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat
membakar (kerana mereka tidak bertaubat). 


Sesungguhnya orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
                                                                 (Surah 
AlBuruuj: 4-11)



      

Kirim email ke