Asm,

Kempen boikot barangan Amerika dan Israel adalah agenda penting  dalam konteks 
roh perjuangan umat Islam di Palestin. 
    Jika boikot tidak penting, ulama tidak akan berbincang dan memberikan fatwa 
mengenainya.  Contohnya, di Islam online terdapat  20 soalan dan jawapan 
daripada pelbagai ulama mengenai 
 perlunya memboikot barangan Israel dan penyokong Israel. Lihat 
http://www.islamonline.net/completesearch/english/CounsellorSearchAck.asp?hSection=0&hKeyword=israel+boycott&hChoice=2&hJoin=1
      Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan  
memberikan fatwa beliau yang jelas dan tegas :      Each
riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets
to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For
this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of
Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny,
oppression and aggression.“     - 20 Muharram 1423 AH 4 April 2002  
(www.inminds.co.uk)      Di Islam Online tertera fatwa Dr. As-Sayed Nuh, 
Profesor di Universiti Kuwait:      “We should differentiate between what we 
call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.       If the 
products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are 
Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those 
products are American, European or even national products.       However, if 
some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods 
belonging to Tahsiniyyat
category, then they should not buy from those who support the Jews and
Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses,
plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of
sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a 
virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in 
supporting those Jews and Zionists.”      Pada pandangan saya, kita tidak 
boleh  melonggokkan
semua syarikat Amerika dalam satu kategori. 

Ada syarikat Amerika yang
tidak menyokong Israel dan ada juga syarikat bukan Amerika yang kuat
dan terang-terangan menyokong Israel . Dalam konteks ini misalnya,
McDonalds dan Starbucks tidak boleh disamakan dengan KFC dan  Pizza
 Hut.  Ini kerana McDonalds, Coca-cola dan Starbucks telah terbukti melalui 
dokumen sahih  terlibat menyokong, menyumbang dan bersimpati dengan negara 
zionis Israel. 
       Syarikat
Sara Lee pula yang mengedarkan produk Brylcreem, Ambipur, Ridsect dan
Kiwi juga terbukti menyokong Israel seperti tertera di dalam website
mereka.  Website Boycott Israel,  www.inminds.co.uk banyak memberikan bukti 
rujukan penglibatan pelbagai syarikat lain dengan Israel. Misalnya Nestle yang 
melabur di Israel, lihat ni (http://www.flex-news-food.com/ 
console/PageViewer.aspx?page= 21216&str=Israel%20Nestle)     
 Tidak
semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel
tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan
anugerah atau pengiktirafan seperti dibuktikan oleh website Boycott
Israel, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan
mereka?      Syarikat-syarikat ini jelas mesti diboikot. Kita mesti merasa 
tidak berselera, tidak selesa bermuamalah membeli  produk syarikat tersebut, 
seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, “Setiap riyal, dirham...dsbnya yang 
digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan 
menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin“.       Bagi  
syarikat Amerika lain, contohnya KFC & Pizza Hut, kita  tidak  mempunyai
bukti kukuh bahawa mereka menyokong atau bersimpati dengan pendudukan
haram Israel di bumi Palestin, keperluan boikotnya tidaklah seberat
syarikat-syarikat di atas.   Walaubagaimanapun,  oleh kerana mereka adalah 
syarikat dan icon/simbol kebudayaan Amerika yang kerajaannya merupakan 
penyokong kuat Israel, maka  menurut  Dr. Monzer Kahf,  “They are American 
cultural symbols that are included in the declaration of boycott more than 
anything else. (Islam
 online).
   Perlu juga dijelaskan bahawa samada boikot
mungkin berkesan atau tidak memberi kesan kepada syarikat berkenaan
adalah soal kedua; yakni kita tidak perlu bertanya” kenapa kita perlu
boikot jika ianya tidak berkesan?”.  

Yang
penting, boikot ini ialah untuk kita sendiri. Kita mahukan dhamir (conscience)  
kita
tenteram bahawa kita tidak langsung memberi saham kepada penjajahan
bumi Palestin, tidak memberi sumbangan kepada titisan darah dan airmata
anak-anak Palestin, tidak redha bersekongkol dengan usaha memusnahkan
Masjidil-Aqsa, walaupun peratusnya hanya 0.001% dari  wang yang kita
belanjakan! 

Kesimpulan, cadangan keutamaan kempen:

Priority  1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang 
kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola
Priority
2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel (maknanya
mengiktiraf pendudukan haram Israel di tanah-air kita):  Nestle, 
Nokia,   

   Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain

Banyak alternatif lain bagi  barangan, produk dan servis yang diperlukan.

Allahu a'lam.

Omar

p.s. untuk koleksi artikel bahan penulisan saya, sila lawati:  
http://omar600.webs.com


      

Kirim email ke