Ketika pimpinan PAS dan UMNO juga Ulama serta Sultan menyeru rakyat memboikot
barangan Israel dan Amerika Syarikat, ada juga suara orang Melayu yang
mengatakan kalau boikot nanti ramai yang berhenti kerja. Kenyataan begini
adalah kenyataan Melayu yang berfikiran sempit dan kolot.
Sifir dia mudah sahaja , lagi ramai boikot syarikat Israel dan Amerika
Syarikat, lagi ramai orang Melayu terutamanya usahawan yang akan berjaya.
Contohnya macam ni. Katakan satu keluarga akan berbelanja setiap kali makan di
restoran makanan segera sebanyak RM 60 (tu pun kadang-kadang tak kenyang).
Kalau keluarga tadi boikot restoran makanan segera tadi dan beli dari warung
burger Melayu paling banyak dia akan belanja ialah RM 20 (RM 20 ini memang
kenyang habis satu keluarga).
Kalau dulu keluarga tadi hanya dapat berbelanja di restoran makanan segera
hanya dua minggu sekali (sebab gaji tak naik), sekarang dia boleh berbelanja di
warung burger Melayu dua minggu 3 kali.
Kalau dulu mamat yang kerja di restoran makanan segera mungkin dapat gaji RM
800 kalau dia kerja siang malam. Sekarang bila dia buka warung burger mungkin
dia boleh dapat pendapatan RM 1,200.
Setiap 1 orang Melayu berhenti dari restoran makanan segera , akan tumbuh 3
orang Melayu jual burger. Dan keluarga Melayu akan dapat penjimatan 3 kali
ganda.
Itu baru bab burger, belum bab insuran, bab kereta, bab rokok dan banyak lagi.
Jadi suara Melayu yang mengatakan bahawa buat apa nak boikot nanti ramai tak
ada kerja, ialah suara Melayu yang berfikiran sempit. Kalau UMNO dan PAS pun
suruh Boikot, dia tak nak Boikot, suruh dia tubuh parti baru, mungkin Parti
Likud atau Parti Zionis.
Kita suruh Boikot barangan Israel dan Amerika, bukannya suruh boikot jangan
makan minum.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[email protected]
mailto:[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/