Klau boleh buat soal selidik secara tersusun lagi baik. senang untuk di
analisis dan mudah pula untuk memberikan feedback.

2009/1/13 fauzi amin <[email protected]>

>   Salam saudara Nizam,
>
> Apa yang saya cadangkan kepada saudara nizam sebagai seorang arkitek:
>
> Bangunan mesjid yang mesra umat.
>
> - Konsep terbuka iaitu (tanpa pintu), saya tak faham sebab apa mesjid kita
> ada pintu (contoh mesjid tiada berpintu ialah mesjid Kapitan keling di Pulau
> Pinang).
> - Mempunyai kemudahan asas kepada semua termasuk musafir seperti berikut:
> 1. Kelengkapan memasak (dapur).
> 2. Tempat bermalam (untuk wanita).
> 3. Tempat mandi.
> 4. Kemudahan membasuh pakaian.
>
> - Menyediakan kemudahan kepada penduduk tempatan bertujuan untuk menarik
> minat:
> - Mini market.
> - Dobi.
> - Perpustakaan.
> - Pusat tiusyen.
>
> Kalau perlu caj yang dikenakan ialah rendah daripada caj luar. Ini bagi
> mengelakkan tanggapan mesjid menjadi institusi perniagaan. Dengan caj yang
> rendah membawa konsep kebajikan dan secara tak langsung akan menarik minat
> ramai orang berjinak2 dgn mesjid.
>
> Wassalam
>
>
> ------------------------------
>
> To: [email protected]
> From: [email protected]
> Date: Mon, 12 Jan 2009 08:49:49 -0800
> SSubject: [Islah-Net] Mohon Feedback: Kajian Terhadap Masjid
>
>
>  Salam kepada sahabat semua;
>
> Nama saya Nizam, seorang arkitek yang sedang menjalankan kajian mengenai
> masjid-masjid di negara kita dan interaksinya dengan masyarakat. Ketika ini
> saya dalam peringkat pengumpulan data dan feedback daripada orang ramai.
> Saya memohon jasa baik saudara/saudari netters semua dapat memberikan apa
> sahaja feedback / pendapat / komen / cadangan / keluhan / idea atau apa
> sahaja yang lahir dari benak saudara /saudari mngenai masjid yang ada
> dipersekitaran kita sekarang ini. Contohnya feedback yang telah saya
> perolehi adalah:
>
> a) Masjid adalah satu instusi yang tidak dapat manjana pendapatan sendiri
> dan bergantung kepada bantuan dan dana daripada luar
> b) Masjid sepatutnya lebih 'ceria' dan 'bersemangat' dan bukannya kelihatan
> suram
> c) Orang muda takut ke masjid / gerun dengan masjid
>
> Pandangan daripada sahabat-sahabat daripada bukan muslim juga amat-amat
> dihargai.
>
> Bantuan daripada saudara saudari amatlah saya hargai dan saya pohon doa
> agar kajian saya terhadap institisi masjid ini akan dapat dijayakan.
>
> Sekian Terima kasih.
> Ikhlas
> Nizam
>
> ------------------------------
> What can you do with the new Windows Live? Find 
> out<http://www.microsoft.com/windows/windowslive/default.aspx>
>
> 
>

Kirim email ke