Assalamu 'alaykum wr wb!

Bagi sesiapa yang berminat, Laporan 5G (Gerak Gempur "Gaza Gaza Gaza")
JIM/Gabungan NGO Muslim Negeri Johor yang telah dikemaskan telahpun
dimuatnaikkan ke Portal JIM Media Johor di alamat berikut:

http://jimjohor.multiply.com/journal/item/38/

Perang di Gaza secara khususnya, dan di Palestin secara umumnya, sebenarnya
berjalan dalam dua medan. Medan pertama, yang nyata iaitu di Gaza dan di
bumi Palestin sendiri, dengan serangan dilakukan oleh pihak Zionis ke atas
bumi dan penduduk di sana menggunakan pesawat-pesawat pengebom, kapal-kapal
perang, kereta-kereta kebal, meriam dan misil, dan bala tentera yang
mengganas.

Namun medan kedua ialah medan yang lebih halus dan terlindung, iaitu perang
saraf dan propaganda untuk memenangi pandangan umum dunia. Dengan
menggunakan semua kekuatan mereka dalam media massa Barat, pelbagai
pembohongan dan pemusingan fakta dan sejarah telah dihamburkan kepada dunia,
sehinggalah berlaku seperti apa yang disebutkan oleh George Galloway, MP,
"...that the victims of terrorism are called terrorists, and the terrorists
are called the victim of terrorism". Lebih sedih lagi ialah apabila umat
Islam sendiri termakan racun yang disuapkan oleh mereka, lalu "membedil"
pejuang-pejuang Islam sendiri dengan mulut dan perasaan mereka.

Kalaupun kita tidak boleh bersama medan pertama, tentunya setiap orang dalam
masyarakat ini harus memainkan peranan di dalam medan kedua. Kalaupun tidak
boleh berceramah dan melakukan usaha-usaha yang besar-besar, tentunya masih
boleh menyebarkan sedikit-sedikit maklumat yang tepat dan benar, atau
mengusahakan akan penyampaian maklumat itu dapat dilaksanakan oleh orang
lain yang lebih mampu. Setidak-tidaknya untuk diri sendiri, luruskanlah
pegangan dan persepsi kita terhadap apa yang berlaku - dan ini memerlukan
kita memperoleh maklumat yang betul dan tepat.

Sehubungan itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk membawa Roadshow
Penerangan Isu Gaza ini ke tempat masing-masing di Johor, baik di masjid,
surau, pejabat, kilang, ladang, estet, sekolah, kolej, universiti, dewan
atau seumpamanya, bolehlah menghubungi Pengarah Sekretariat/Bilik Gerakan
5G, Prof Dr Shamsuddin Mohd Amin, pada nombor 012-7709947.

Untuk itu, saya rayu, bantulah, dan bersamalah dengan kita. Inilah antara
satu-satunya medan kita semua boleh bersama, tanpa kekangan fahaman dan
pendirian.

"ALlah tak tanya sama ada usaha kita berjaya atau tidak, tetapi ALlah akan
tanya sama ada kita usaha atau tidak."

Wassalam,

Ainullotfi bin Abdul Latif
Yang Dipertua JIM Negeri Johor
Timbalan Presiden Gabungan NGO Muslim Negeri Johor/MAIM

s.k.:

Ust Abdul Razak Aripin
Setiausaha Gabungan NGO Muslim Negeri Johor
Timbalan Yang Dipertua ABIM Johor

Ust Abdul Ghani Salleh
Setiausaha Majlis Amal Islami Malaysia (Negeri Johor) (MAIM)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Zon Selatan

From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf
Of shamsudin amin
Sent: Sunday, 18 January, 2009 4:40 AM
To: [email protected]
Subject: [JIMJ-net] Laporan 5G Bah. I

 


Assalamu alaikum,

 

Ini tujuan rekod dan perkongsian, bagi program Palestin yang telah berjaya
dilaksanakan (dalam 6 bahagian).

Sedikit perkongsian mengenai program 5G (Gerak Gempur "untukmu" Gaza Gaza
Gaza) yang mula dioperasikan pada 31hb Disember 2008 oleh JIM Johor. 5G
dilancar secara rasmi oleh akhi YDP JIM Johor Hj Ainullotfi Abdul Latif
Al-Lamburi Al-fikri. 

Bilik gerakan 5G mula beroperasi dan kini 96 program telah confirm disusun,
15 lagi dalam proses penetapan tarikh dan masa.   

JIM Johor telah mengadakan 4 kali TOPS ( 2 kali untuk Wanita) dan kini
membariskan 26 penyampai. 

Presenter Team: penyampai utama, pembawa doa dan munajat, pembantu teknikal.
(dan akan memperkenalkan meja paraphernalia Palestin dalam masa terdekat
untuk setiap program) 

  

JADUAL PROGRAM GERAK GEMPUR "untukmu" GAZA GAZA GAZA 

  


 

Tarikh

Masa

Tempat

Pasukan


1

31.12.08 

Rabu

8.30mlm

Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti , JB

Dr Abdull Rahim 

Us Hairozi


2

02.01.09 

Jumaat

8.30mlm

Surau Nurussalam Taman Pulai Indah, JB

Dr Abdull Rahim 

Us Hairozi


3

        8.30mlm

Masjid Taman Putri Kulai

PM Ust Ajmain Safar 


4

03.01.09 

Sabtu

8.30mlm

Masjid Jamek Senai

Dr Abdull Rahim 

Us Hairozi


5

04.01.09 

Ahad

Kuliah subuh

Masjid Jamek Felda Cahaya Baru, KT

Us Abdul Rahim Sahlan


6

        Lepas maghrib

Surau Taman Desa Harmoni, JB

Ust Abdul Rahim Sahlan


7

        8.30mlm

Masjid Jamek BBU

Dr Abdull Rahim 

Us Hairozi/Ust Rofazlin

 

Laporan dari bilik gerakan 5G JIM Johor. 

Shamsudin H.M. Amin

 

Kirim email ke