Kawan saya ada anak perempuan. Tahun 2008 dia dapat 5A UPSR dari Sekolah Rendah
Agama Swasta di Seremban. Dia tak layak masuk sekolah menengah kebangsaan agama
terpilih (elit) kerana dasar diskriminasi Kementerian Pelajaran.
Dia hanya layak mohon Sekolah Menengah Agama (kerajaan negeri) atau Sekolah
Menengah Kebangsaan (yang ada aliran agama SMKAA) atau Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK).
Jadilah dia masuklah SMKAA di Seremban pada Januari 2009. SMKAA ini ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan yang biasa tapi adalah kelas khusus untuk aliran
agama.
Dia mengalami “culture shock” apabila masuk SMKAA ini. Ini adalah kerana
suasana SMKAA tak sama dengan suasana SMA atau SABK. Pergaulan pelajar lebih
bebas.
SMKAA tidak menitik berakan hal solat. Yang menyedihkan ialah apabila anak
kawan saya ini keluar kelas pergi solat , dia dimarahi oleh gurunya.
Justeru itu semua pihak harus prihatin akan isu ini, Kementerian, Jabatan, Guru
, Ibu bapa dan guru.
Solat adalah perkara wajib. Kalau tak nak buat program khusus untuk pelajar
supaya minat solat, janganlah marah pelajar yang nak solat.
Beikut beberapa tindakan segera yang perlu diambli oleh semua pihak sebelum isu
ini menjadi isu sensitif dan isu nasional :
1. Kementeran Pelajaran dan Jabatan Pelajaran haruslah mengeluarkan panduan
kepada guru-guru akan masa solat untuk pelajar. Tak perlu keluar arahan
mewajibkan pelajar solat, tapi perlu keluarkan panduan untuk pelajar yang ingin
bersolat. Antaranya ialah masa yang diperuntukkan, solat pada awal waktu, solat
berjemaah.
2. Guru-guru harus memahami garis panduan ini
3. Ibu bapa dan pelajar harus memahami panduan ini.
Itu saja yang kita minta. Selesaikan segera isu ini.
Guru besar, guru , ustaz dan ustazah yang berada di sekolah hendaklah prihatin
akan solat. Walaupun ianya tidak diwajibkan oleh Kementerian , tapi sentiasa
nasihatkan murid supaya solat. Apa gunanya dapat PMR 8 A tapi tak solat, apa
gunanya dapat SPM 19 A tapi tak solat.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[email protected]
mailto:[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/