Nota: Saya dah hubungi Mohd Farid untuk reconfirm cerita di bawah, dan skg saya 
fwd cerita ini kepada anda, semoga bermenfaat. (TeMaN)

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid ([email protected], [email protected])

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu 
kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja.

Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada 
lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk 
menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawab ini, 
sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, 
sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan 
ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. 

Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu 
saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta 
air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di 
katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. 
Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. 
Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala 
bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. 
Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian 
yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju 
entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya.

Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu 
dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam 
lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang 
terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah 
tulang serta luka-luka.

Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih 
datang kepada saya dan mengatakan,

"Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian 
yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain"

Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua 
yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur.

Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang 
anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. 
Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang 
berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya 
mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti 
sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening 
lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya.

Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa 
berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin 
Allah, banyak yang dapat saya bantu.

Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang 
dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan 
RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang 
mengajar saya sewaktu itu.

Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adalah 
benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin 
dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian dia memeluk saya, dan berkata,

"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya 
mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu 
kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada 
yang lain.

Bacalah...
1) Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta
2) Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad)
keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk 
membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. 
Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan.

InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong 
sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari 
pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

p.s: Software yang telah memenangi beberapa anugerah, Software untuk meneroka 
nama-nama anak dalam Islam, muat-turun PERCUMA  
http://www.21stcenturymuslim.com/myname/

Kami juga sedia membantu..
1) Naik taraf sistem lama
2) Baikpulih sistem sedia ada
3) Membangun sistem baru
4) Membantu projek pelajar
Lihat profile kami: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf



      



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke