Adakah terowong pejalan kaki di Seremban ini yang bernilai RM 3.3 Juta akan 
menjadi satu lagi projek Gajah Putih di Seremban ? Di mana silapnya ? Adakah 
kes studi telah dilakukan sebelum pembinaan terowong ini ? Beranikah anak atau 
isteri YDP MPS atau MB sendiri berjalan sendirian di terowong ini ? Kalau ada 
CCTV pun, kalau diragut, disamun, bukannya CCTV boleh melindungi mangsa. 
Mungkin perlu letak pengawal keselamatan atau pondok polis di terowong ini ?

********************** 
Takut guna terowong bawah tanah 
Sinar Harian 19 Julai 2010 

SEREMBAN - Walaupun tujuannya untuk memastikan keselamatan orang ramai, namun 
kemudahan terowong pejalan kaki yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
mendapat reaksi negatif daripada mereka. 

Terowong yang menghubungkan hentian bas dan teksi Terminal 1 dengan stesyen 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu dibuat sebagai kemudahan memandangkan 
sebelum ini kebanyakan pejalan kaki terpaksa ‘gadai nyawa’ melintas jalan sesak 
dan bahaya. 

Berikutan itu, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil inisitif membina 
terowong pejalan kaki bawah tanah dalam usaha mengurangkan risiko pejalan kaki. 

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian di sekitar terowong itu, semalam mendapati 
keadaan sekeliling lenggang dan sunyi, memungkinkan berlaku masalah jenayah 
seperti ragut dan rompak. 

Seorang pengguna, Noramira Mohd Fuad, 18, berkata dia sanggup menanggung risiko 
melintas jalan daripada menggunakan terowong itu. 

“Saya sanggup tunggu lama untuk melintas dari berdepan dengan risiko lain di 
bawah sana (terowong jalan kaki). 

“Walaupun saya tahu risikonya melintas di jalan besar ini, tetapi ia lebih 
teruk jika saya berdepan dengan kejadian jenayah ketika melalui terowong ini,” 
katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan. 

Norhamiza Abu Hasan, 20, pula berpendapat, disebabkan keadaan terowong yang 
jauh dari pandangan mata orang ramai, ia menyebabkan pejalan kaki takut 
menggunakannya. 

“Pada awal pembukaan terowong itu dulu, ada beberapa kedai berniaga di laluan 
berkenaan, tetapi kini, semua kedai tidak lagi beroperasi. 

“Mungkin pemilik kedai itu tidak mendapat untung dan rugi berniaga di situ atau 
mungkin ada penyebab lain yang membuatkan mereka menutup perniagaan di situ,” 
katanya. 

Menurutnya, tahap keselamatan penguna di laluan terbabit sememangnya tidak 
diyakini, lebih-lebih lagi kepada wanita terutama semasa berjalan seorang diri 
dan di sebelah malam. 

“Oleh sebab itu, kita mahu PBT membuat sesuatu agar kemudahan yang disediakan 
itu tidak menjadi seperti ‘gajah putih’. 

“Kita tidak mahu, kemudahan disediakan itu hanya sebagai ‘pameran’ sahaja tanpa 
digunakan, sedangkan ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya semua orang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7966704.asp 

********************** 

Sikap pejalan kaki tidak guna terowong, jejantas undang bahaya

Utusan SEREMBAN 14 Julai 2010 - Kemudahan terowong dan jejantas sudah ada 
tetapi masih ramai lagi pejalan kaki tidak mengendahkan keselamatan diri mereka.

Itu yang dapat digambarkan mengenai sikap pejalan kaki yang sanggup bergadai 
nyawa untuk meredah jalan yang sesak dengan kenderaan tanpa memikirkan akibat 
buruk seperti kemalangan. 

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan terowong dan jejantas di bandar Seremban 
mendapati keadaan begitu lengang bagi kedua-dua kemudahan berkenaan kerana 
ramai yang bertindak melintas sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan.

Seorang pengguna, Noramira Mohd Fuad, 18 berkata, keadaan di laluan terowong 
yang dibina itu bukan sahaja sunyi malah menimbulkan rasa takut di kalangan 
pengguna untuk menggunakannya.

"Saya meragui tahap keselamatannya. Sudahlah kawasan ini sunyi, malah saya 
sendiri pun berasa takut untuk menggunakannya. 

"Malah situasi ini juga boleh menyebabkan rasa kurang selamat di kalangan orang 
ramai ketika melalui jalan tersebut lebih-lebih lagi pengguna wanita," ujarnya.

Norfarizan Razali, 18, berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan 
sepatutnya membuat pemantauan sewajarnya.

"Pengguna juga mungkin agak takut untuk melalui terowong ini mungkin ada yang 
mengatakan keadaan dan ketikanya berlaku kes-kes ragut.

"Ada juga di antara kedai yang berada di terowong tersebut tidak beroperasi dan 
ini menyebabkan ramai pengguna agak takut untuk melalui jalan tersebut,'' 
katanya.

Bagi laluan jejantas pula, sikap malas dijadikan sebagai alasan untuk menaiki 
tangga yang agak tinggi walaupun ia untuk keselamatan diri sendiri.

Menurut Norhamiza Abu Hasan, 20, pengguna harus menggunakan laluan yang telah 
disediakan untuk keselamatan diri.

"Sikap pengguna yang tidak melalui jejantas yang telah disediakan akan membawa 
padah kepada diri sendiri. Dalam soal keselamatan kita tidak perlu 
berkompromi," katanya.

Menurut Norshahdina Ramli, 18, kebanyakan pengguna lebih gemar mengambil jalan 
mudah mungkin disebabkan malas untuk menaiki tangga.

"Oleh itu, ramai di antara mereka inginkan cara yang mudah dan cepat untuk 
melintas walaupun kemudahan telah disediakan untuk mereka," katanya lagi.

Bagi Norhafiza Azahar, 18, pula, pihak berkuasa tempatan (PBT) haruslah 
bersama-sama memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka 
yang masih lagi berdegil. 

"Bagi saya tindakan kompaun sudah cukup untuk mengajar mereka. Kita tidak mahu 
kemudahan ini hanya menjadi projek gajah putih walhal ia sepatutnya 
dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 

********************** 

Terowong elak bahaya
 
SEREMBAN 21 Julai - Selesa dan selamat. Itu yang digambarkan oleh pejalan kaki 
dengan adanya kemudahan terowong pejalan kaki yang menghubungkan stesen 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Terminal One yang disediakan Majlis 
Perbandaran Seremban (MPS).

Tambahnya, terowong pejalan kaki bawah tanah sepanjang 30.5 meter dan lebar 4.6 
meter itu yang dibina dengan kos RM3.3 juta, juga dilengkapi dengan kamera 
litar tertutup (CCTV) serta mesra orang kurang upaya (OKU).

http://www.mpsns.gov.my/web/guest/terowong_elak_bahaya 

********************** 

MPS bina laluan pejalan kaki lengkap kamera litar tertutup di simpang tiga 
Jalan Sungai Ujong
 
SEREMBAN:

Tinjauan Sentral mendapati, ada tiga jejantas di pusat bandar ini, iaitu di 
Jalan Tuanku Munawir, Jalan Datuk Bandar Tunggal dan Jalan Tun Dr Ismail 
berhampiran Pasar Besar Seremban, tetapi hanya segelintir pejalan kaki 
menggunakannya.

Sikap majoriti pengguna yang sanggup menggadai nyawa menjadikan kemudahan 
jejantas yang dibina dengan kos tinggi itu tidak ubah seperti 'gajah putih' 
atau sekadar tontonan umum.

"Laluan pejalan kaki yang disediakan di simpang tiga itu menjadi laluan utama 
orang ramai melintas, sama ada dari arah Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) 
atau Court Mammoth ke Terminal One atau sebaliknya," katanya.

Abdul Halim berkata, pembinaan terowong pejalan kaki berbumbung yang menelan 
belanja kira-kira RM3 juta itu akan turut dilengkapi terowong bawah tanah 
lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta mesra orang kurang upaya 
(OKU).

"Kerja pembinaan laluan sepanjang 350 meter itu sedang giat dilaksanakan dan 
dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini, sekali gus membolehkan orang ramai 
berurusan dengan lebih selesa di antara tiga lokasi berkenaan," katanya.

Beliau berkata, terowong bawah tanah dalam pakej projek berkenaan membabitkan 
jarak sepanjang 30.5 meter serta lebar 4.6 meter dengan sepanjang laluan itu 
turut dilengkapi deretan gerai.

FAKTA:
Projek Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Jalan Sungai Ujong
• Kos RM3 juta
• Dilengkapi terowong dengan kamera litar tertutup (CCTV)
• Jarak terowong sepanjang 30.5 meter serta lebar 4.6 meter.  

http://portal.mpsns.gov.my/terowong_bawah_tanah 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke