Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk 
subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran 
percuma untuk seluruh ‘rakyat’ Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga 
pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam. Saya amat yakin rakyat 
di negara ini tidak akan marah atau memberontak dengan pemansuhan subsidi gula 
dan minyak ini kerana impaknya kepada pembelajaran percuma dan juga kos 
pengangkutan awam sudah semakin murah.

************************ 

Utusan Malaysia 19 Julai 2010 

Beri pendidikan percuma, kos pengangkutan awam murah

HARGA baru bagi gula dan petrol, diesel dan gas cecair telah diwartakan oleh 
kerajaan pada 16 Julai lalu. Dalam kenyataan tersebut juga dinyatakan ‘kerajaan 
telah mengurangkan pemberian subsidi kepada gula dan minyak’. Saya ingin 
menyentuh isu utama yang dicadangkan untuk dimansuhkan pemberian subsidi iaitu 
subsidi gula dan subsidi petrol.

Cuba kita lihat, kebelakangan ini terdapat beberapa tekanan yang sering 
diberikan oleh pengusaha-pengusaha gula dan pengusaha stesen minyak. Terutama 
sekali kepada pengimport-pengimport gula yang kerap sangat memaksa kerajaan 
menaikkan harga bahan tersebut. 

Hampir setiap tahun kita melihat masalah gula tidak pernah selesai dan sering 
kali di sesetengah tempat, gula selalu kehabisan stok sedangkan 
pengusaha-pengusaha gula menjanjikan semua bekalan mencukupi.

Saya yakin, jika pengimport gula tidak berpakat dengan pengedar gula untuk 
meminta kenaikan harga gula atau menyorokkan simpanan gula, jadi mana mungkin 
gula tiada di pasaran. Persoalannya, siapa pengusaha ini? Syarikat mana dan 
berapa syarikat yang mendapat AP import gula selama ini? Hal ini perlu 
dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat semua tahu, siapa yang mendapat keuntungan 
selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan apa alternatif lain jika 
bekalan gula tiada di pasaran. 

Sekarang harga gula dan minyak sudah naik mengikut kehendak pengimport, apakah 
selepas ini masih ketiadaan gula di pasaran?

Setiap kali tekanan dibuat, maka bertambahlah subsidi yang perlu kerajaan 
berikan kepada gula untuk mengelak daripada sebarang kenaikan harga, jika tidak 
bahan-bahan ini akan menjadi sukar didapati. 

Ini yang perlu dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat tahu, siapa yang mendapat 
keuntungan selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan berapa jumlah 
kos setiap kali subsidi diberikan kepada mereka ini (pengimport gula).

Malaysia juga salah sebuah negara pengeluar minyak dunia, kenapa kita sering 
ditakutkan dengan harga minyak dunia. Kenapa harga minyak di Arab Saudi teramat 
murah daripada harga sebotol air miniral? Setiap kali harga minyak dunia naik, 
kerajaan terpaksa menambah subsidi kepada pengusaha minyak di Malaysia. 
Jumlahnya sehingga mencecah berbilion ringgit, untuk setiap kali kenaikan harga 
minyak.

Oleh itu, jika kerajaan ingin memansuhkan subsidi, mulakan dengan gula dan 
petrol. Alihkan jumlah subsidi gula dan petrol ini kepada penambahan subsidi 
pembelajaran dan pengangkutan. 

Semenjak dari tahun 1980 sehingga ke hari ini, pernahkah harga gula turun? 
Pernahkah kita dengar para pengimport gula ini muflis? Pernahkah kita dengar 
negara kurang gula setelah harga gula dinaikkan (selepas tekanan dibuat)? 

Pernahkah pengusaha-pengusaha minyak mengalami kerugian teruk? Pernah harga 
bahan bakar ini turun kurang dari RM1 untuk seliter? Jawapan ini ialah ‘Tidak 
pernah’. Apa yang rakyat terima? Kesusahan, tetapi jika diberi pembelajaran 
percuma dan pengangkutan murah, seluruh rakyat akan lebih merasai kenikmatannya.

Cuba kita melihat dari sudut yang ‘adil’, iaitu jika harga gula dan minyak 
tidak diberikan subsidi, harganya lebih kurang sama malah adakalanya lebih 
mahal jika dibandingkan dengan harga gula dan minyak di negara-negara jiran 
sedangkan negara tersebut tidak mengamalkan pemberian subsidi terhadap dua 
bahan ini. 

Ini bermakna, pengimport gula telah menikmati sepenuhnya keuntungan daripada 
pemberian subsidi dan bukannya rakyat peroleh keuntungan. Jumlah harga gula 
import tidak pernah didedahkan kepada media dan rakyat tidak pernah tahu harga 
import dan berapakah jumlah pengimport gula sejak dari tahun 1980? Cuma yang 
dipaparkan oleh media baru-baru ini ialah ‘salah seorang manusia yang terkaya’ 
di Malaysia dan juga di Asia merupakan seorang rakyat Malaysia yang menjalankan 
perniagaan import gula di Malaysia.

Seperkara lagi, masalah penyakit diabetis dan kemalangan amat tinggi di negara 
kita jika dibandingkan negara-negara jiran. Ini bermakna, kedua-dua bahan ini 
memberikan bencana besar kepada rakyat. Gula dan minyak tidak mendatangkan 
kebaikan kepada rakyat Malaysia. 

Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk 
subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran 
percuma untuk seluruh ‘rakyat’ Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga 
pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam.

Selebihnya, dilancarkan tambang murah bagi semua pengangkutan awam untuk 
seluruh rakyat. Saya amat yakin rakyat di negara ini tidak akan marah atau 
memberontak dengan pemansuhan subsidi gula dan minyak ini kerana impaknya 
kepada pembelajaran percuma dan juga kos pengangkutan awam sudah semakin murah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke