Sinar Harian 22 Julai 2010 KUALA PILAH – Pas kawasan Kuala Pilah menyatakan kadar kemiskinan di Kuala Pilah tertinggi, 24 peratus berbanding kadar kemiskinan di Negeri Sembilan berdasarkan Laman Web Rasmi Pejabat Persekutuan Pembangunan Persekutuan Negeri, Jun lalu.
Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Zaharudin Othman berkata, statistik itu memberi gambaran Kuala Pilah mempunyai jumlah penduduk miskin teramai berbanding daerah lain. Menurutnya, berdasarkan hasil kajian dilakukan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia mendapati Kuala Pilah mempunyai keluasan tanah terbiar tertinggi dengan jumlah 138.4 hektar. “Kami menggunakan konsep turun padang dan bersedia memperjelaskan fakta dan mengemukakan cadangan serta idea praktikal ke arah penyelesaian masalah penduduk miskin di Kuala Pilah. “Terbaru, kami turun padang bertemu penduduk miskin di Kampung Kabong, Kampung Paya, Kampung Lending dan Kampung Maha di DUN (Dewan Undangan Negeri) Johol dengan menyerahkan bantuan keperluan asas kepada mereka,” katanya. Menurutnya, dia kecewa apabila penyataan ceramah Isu-isu Semasa Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan pada 11 Julai lalu di Kampung Kabong dijadikan isu oleh pemimpin kawasan DUN Johol. “Kami tidak perlu meminta izin untuk mengadakan ceramah politik di kampung berkenaan, sebaliknya memohon permit kepada pihak berkuasa dan tuan tanah. Tidak timbul soal memerlukan kebenaran kepada pemimpin kawasan kampung itu. “Saya merasakan ketika ucapan alu-aluan, pengerusi ceramah hanya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan majlis itu termasuk ketua kampung, petugas keselamatan serta penduduk setempat tanpa menyebut sesiapa secara spesifik. Ucapan beliau bersifat umum, sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya,” katanya. Selain itu, Zaharudin berkata, penyataan pemimpin kawasan menyatakan kandungan ceramah Isu-isu Semasa Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan di Kampung Kabong adalah pembohongan dan penyataan emosional serta tidak dipandu dengan rasional sebagai pemimpin. “Saya kecewa dengan sikap beliau kerana sebagai mewakili masyarakatnya beliau perlu terlebih dahulu memastikan kesahihan fakta dikemukakan dan sepatutnya mengenal pasti tindakan sewajarnya sekiranya ada kebenaran dalam apa yang dinyatakan dalam ceramah terbabit. “Saya bersedia bertemu dengan mereka untuk memperjelaskan fakta terbabit dan mengemukakan cadangan praktikal ke arah penyelesaian permasalahan kemiskinan di kawasan Kuala Pilah,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7979497.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

