Encik Mohd Noor adalah merupakan seorang OKU (masalah penglihatan). Beliau 
menyara kehidupan dengan menghibur orang ramai di Pasar Malam Chembong , Rembau 
, Negeri Sembilan. Beliau bukan peminta sedekah , beliau seorang yang tabah dan 
berdikari serta tidak ingin menyusahkan orang lain apatah lagi menipu orang 
lain.

Dimaklumkan untuk beliau mendapat rezeki melalui sumbangan orang ramai dengan 
kebolehan beliau mengiburkan orang yang lalu lalang , Encik Mohd Noor akur 
dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Rembau dengan 
membuat bayaran sebanyak RM 362.00 untuk bayaran pasar malam , plet lesen , 
deposit pasar malam serta bayaran sewa petak pasar malam.

Saya mendapat maklumat dan gambar ini melalui sahabat saya Sdr Norazizi A. Aziz 
yang merupakan Setiausaha Keadilan Cabang Rembau.

Kepada mereka yang mengunjungi Pasar Malam Chembong ini , saya syorkan agar 
kita berilah sumbangan seberapa banyak yang mungkin , agar berbaloi bayaran RM 
362.00 yang dikenakan kepada Encik Mohd Noor.

Encik Mohd Noor bukannya peminta sedekah, bukan warga asing, bukan penipu, 
bukan penipu Skim Cepat Kaya, bukan kaki rasuah, beliau seorang yang tabah.

Antara kata-kata beliau menurut Sdr Azizi ialah : ”Saya tidak punya pilihan. 
Saya perlu buktikan bahawa OKU seperti saya juga mampu berdikari. Saya hanya 
mampu menurut lunas undang-undang serta prosedur yang ditetapkan. Namun saya 
juga bersyukur  dan mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada mereka 
yang masih prihatin terhadap nasib OKU seperti saya.”

Mereka yang ingin mengetahui kisah lanjut Encik Mohd Noor boleh menghubungi 012 
3696474 Azizi.

Gambar ketabahan Encik Mohd Noor bersama Azizi di Pasar Malam tersebut pada 
pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/oku-yang-tabah-di-pasar-malam-rembau.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke