Agak-agaknye siapa kontraktor yang buat gelanggang rakyat ni ? Berapa harga 
kontrak yang ditawarkan ? Kontraktor dah dapat semua bayaran ke belum ? Siapa 
patut bawa masalah ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri ?

*************************** 
Gelanggang sia-sia
Berita Harian 29 Julai 2010 

2010/07/28
SEREMBAN 2: Kira-kira 700 penduduk, terutama kanak-kanak di Green Street Homes, 
di sini terpaksa mencari pilihan lain untuk bersukan dan beriadah apabila 
Gelanggang Rakyat yang dibina dengan kos kira-kira RM100,000 dan siap sejak 
kira-kira enam bulan lalu masih tidak dibuka kepada orang ramai. 

Kelewatan ini dipercayai berikutan kerosakan pada lantai gelanggang menyebabkan 
kemudahan itu yang diletakkan di bawah pengawasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 
taman terbiar begitu saja. Keadaan ini mengundang rasa kecewa penduduk kerana 
tidak dapat membawa anak bermain di gelanggang itu setiap petang atau hujung 
minggu, manakala kanak-kanak terpaksa ke taman berhampiran untuk beriadah. 
Penduduk menyifatkan ia sebagai projek gajah putih, walaupun tujuan untuk 
menyediakan kemudahan bersukan dan beriadah. 

Wakil penduduk, Rohaya Mohd Yuneh, kesal kerana hingga kini kemudahan itu masih 
tidak boleh digunakan walaupun sudah lama siap. 

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) gelanggang 
itu di bawah pengawasan KRT. 

Katanya, KRT memaklumkan tindakan menutup gelanggang kerana pembinaannya belum 
sempurna dan berlaku sedikit kerosakan lantai yang menyebabkan air bertakung. 
Kami akur dengan keadaan itu, tetapi ia tidak sepatutnya terbiar begitu lama 
dan tindakan bagi memperbaikinya patut diambil. 

KRT tidak boleh lepas tangan begitu saja sedangkan ia siap enam bulan lalu. 
Saya lihat sebahagian kecil saja lantainya yang tidak rata, katanya, di sini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Gelanggangsia-sia/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke