Akhbar Berita Harian 29 Julai 2010 melaporkan kes pecah rumah semakin serius di 
Gambang, Kuantan, Pahang. Saya rasa bukan di Kuantan sahaja, mungkin di seluruh 
Malaysia. Apabila media melaporkan indeks jenayah semakin turun, rakyat akan 
leka menjaga keselamatan manakala penjenayah pula akan menyerang kawasan yang 
tiada CCTV dan yang kurang rondaan polis.

Media perlu lebih banyak memberi peringatan jenayah setempat. 

Juga disyorkan di setiap kawasan perumahan yang ada kes pecah rumah, memasang 
kain rentang ada kes pecah rumah di kawasan tersebut supaya penduduk setempat 
mengambil langkah proaktif mencegah jenayah seperti pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/ancaman-ji-serius-di-senawang-darurat.html 

********************** 
Kes pecah rumah serius 

Berita Harian 29 Julai 2010 

KUANTAN: Kejadian pecah rumah di kawasan perumahan di Kilometer Enam, Jalan 
Gambang di sini semakin membimbangkan apabila penjenayah turut bertindak nekad 
memasuki rumah pada waktu siang. 

Apa yang menakutkan penjenayah bukan saja melakukan kegiatan itu ketika 
penghuni keluar bekerja atau tiada orang di rumah, sebaliknya menceroboh masuk 
ketika warga tua saja berada di rumah. Berikutan kejadian itu, lebih 800 
penduduk di kawasan rumah murah di situ mendesak pemimpin masyarakat menubuhkan 
pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan segera bagi membendung kegiatan 
jenayah itu daripada berleluasa. 

Mereka meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Belukar 
mengadakan perjumpaan dengan pihak keselamatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri 
(ADUN) Inderapura, Datuk Mohd Shafik Fauzan Sharif bagi memastikan SRS dapat 
ditubuhkan dalam tempoh terdekat bagi mengelak kejadian lebih serius berlaku. 

Seorang penduduk, Mohd Yazid Hamzah, 24, berkata SRS perlu diwujudkan segera 
kerana kawasan perumahan itu kini menjadi tumpuan pencuri. 

Rumah saya sudah dua kali dimasuki pencuri dalam tempoh tiga bulan dan terakhir 
April lalu. Dua telefon bimbit milik saya dan seorang kakak serta dompet 
dikebas pencuri yang memasuki rumah dengan mengumpil pintu dapur. 

Saya mengesyaki pencuri adalah orang yang sama mencuri di rumah jiran kerana 
kebanyakan yang dicuri adalah barangan berharga termasuk komputer riba dan 
barang kemas jiran, katanya. 
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 44, berkata rumahnya sudah 
tiga kali dimasuki pencuri termasuk cubaan mencuri motosikalnya yang diletakkan 
di halaman rumah dalam kejadian terbaru, dua minggu lalu. 

Saya merayu pemimpin setempat termasuk ketua kampung mencari jalan penyelesaian 
membendung kejadian ini dari terus berulang, katanya. 

Jirannya, Abdul Ghani Abdullah, 77, berkata rumahnya turut dimasuki dan 
komputer riba bernilai RM1,900 berjaya dilarikan pencuri dalam kejadian 
kira-kira dua minggu lalu. 

Saya yakin pencuri memasuki rumah selepas jam 2.30 pagi kerana saya baru saja 
menutup lampu ruang tamu dan meninggalkan komputer riba di atas meja seperti 
biasa dan hanya menyedari kehilangan barangan itu ketika hendak menunaikan 
solat Subuh. 

Saya harap JKKK mengadakan pertemuan dengan penduduk untuk mewujudkan SRS 
secepat mungkin bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku, katanya. 

Warga tua, Fatimah Darus, 62, bimbang dengan kejadian yang berlaku kerana 
tinggal berseorangan di rumahnya. 

Sementara itu, Pengerusi JKKK Belukar, Hassan Mohamad, 49, berkata pihaknya 
akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk dan Mohd Shafik bagi menangani 
masalah terbabit. 

Kita akan mewujudkan SRS seperti kawasan perumahan lain dan meminta penduduk 
hadir di perjumpaan itu untuk mencari jalan penyelesaian, katanya sambil 
meminta polis mengadakan rondaan sebagai langkah keselamatan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Kespecahrumahserius/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke