Ini yang paling lucu yang pernah saya baca dalam blog mengenai saman ekor. 
Pemilik kereta di saman ekor kerana tidak memakai topi keledar. Tak tahu, betul 
ke tak dakwaan tersebut. Boleh baca sendiri pada pautan berikut 
http://bongekensem.blogspot.com/2010/07/saman-ekor-antara-mencari-salah-atau.html
 

Tolonglah Menteri Dalam Negeri, janganlah buat lawak macam ni. Kata Saman Ekor 
ni nak mendidik rakyat supaya bersopan santun dan berbudi bahasa di jalanraya, 
Tapi saya tengok budak-budak bawah umur bebas bawa motosikal tanpa lesen, tanpa 
topi keledar. 

Kata Saman Ekor nak mendidik pengguna jalanraya. Tapi saya tengok banyak , 
terlalu banyak motosikal tak ada lampu depan, tak ada lampu belakang, waktu 
malam pula tu. Apa jadi undang-undang dulu motosikal wajib pasang lampu waktu 
siang ? Juga apa jadi topi keledar dulu wajib ada pemantul cahaya ?

Kata saman ekor nak menjaga pengguna jalan raya, tapi saya lihat banyak terlalu 
banyak kereta pasang cermin terlalu gelap sampai tak nampak pemandu pakai baju 
atau tidak.

Entahlah apa nak jadi Malaysia ni. Buatlah apa yang dicakapkan. 

Kalau Pak Menteri dan Ketua Polis Negara boleh didik rakyat jangan bagi 
anak-anak menunggang motosikal tanpa lessn dengan menempatkan polis di setiap 
taman perumahan, barulah betul. 

Ini tak, mendidik melalui saman ekor. Bertahun-tahun pengguna buat salah, 
barulah dididik dengan saman ekor , cukai jalan tak boleh renew.

Tolong Pak Menteri, tunjukkanlah kebijaksanaan anda.

Mulakan dengan diri sendiri, taman perumahan sendiri, kampong sendiri, tengok 
berapa ramai anak-anak jiran Pak Menteri dan Pak Ketua Polis bawa motosikal 
tanpa lesen tanpa topi keledar.

Sudah-sudahlah kita sibuk berbicara mengenai politik. Marilah kita sama-sama 
membina masyarakat yang berhemah di jalan raya dengan berbudi bahasa. Betul tak 
Dato Rais Yatim ? 

Jangan Marah, Nanti Cepat Tue



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke