Pimpinan Pakatan Rakyat perlu ketengahkan isu jenayah yang semakin mengancam rakyat 1Malaysia. Ianya mengancam keselamatan setiap pengundi dan keluarga mereka di Malaysia ini. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan dan media jangan mendendangkan index jenayah yang rendah sebaliknya saban saat semakin banyak jenayah di mana-mana.
Rakyat tak ada masa nak tubuh Rukun Tetangga, semua sibuk nak kerja lebih masa, kerja part time bukan nak tambah pendapatan, tapi nak tambah duit bayar yuran, bil elektrik, minyak. Semua barang dah naik harga. Jadi subsidi yang dijimatkan itu Pakatan Rakyat desak kerajaan tambah anggota polis ronda setiap kampung, taman perumahan, tanah perancangan 24 jam. Bukan tambah anggota polis escort orang kenamaan, tangkap peserta perhimpunan aman. *************************** Utusan Malaysia 3 Ogos 2010 3 beranak rugi RM30,000 disamun KUANTAN 2 Ogos - Tiga beranak melalui saat-saat mencemaskan apabila rumah mereka dimasuki tiga lelaki bersenjata sebelum menyamun keluarga terbabit di Taman Aneka Jaya, Kempadang di sini awal pagi kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, semua mangsa kerugian sebanyak RM30,000 selepas wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan berjenama dan sebuah komputer riba dilarikan. Ketika kejadian, sepasang suami isteri yang berusia 30-an dan seorang anak lelakinya sedang tidur di bilik utama. Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan isterinya setelah ternampak dua lelaki berada di dalam biliknya. Katanya, seorang lagi suspek berada di ruang tamu. "Dua suspek itu bertindak mengacukan pisau, pemotong besi dan pemutar skru ke pasangan terbabit sebelum memberi arahan supaya tidak melawan. "Dua daripada suspek tidak memakai penutup muka," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. Menurut beliau, suspek kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa dengan menggunakan dawai pagar sebelum menggeledah rumah mereka. "Semua mangsa dikumpulkan di bilik tidur utama sebelum mereka menggeledah barang-barang di bilik tidur dan ruang tamu," katanya. Selepas menggeledah rumah mangsa kira-kira 10 minit, kata Noor Asyikin, ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga asing itu melarikan diri melalui pintu gelongsor bahagian tepi rumah yang diumpil. "Sebelum itu, salah seorang suspek dipercayai berusia 30-an sempat memberi amaran keras supaya tidak membuat laporan polis," katanya. Tambahnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

