Tahniah buat YB Datuk Mahfuz Omar dan seluruh pimpinan PAS atas keprihatinan 
terhadap masalah saman ekor yang sedang melanda pemilik kenderaan sama ada 
penyokong PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain parti yang disenarai hitam oleh 
pihak polis dan JPJ.

Situasi ini amat membingungkan pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor ini 
kerana saman ekor ini dibuat atas nama dan nombor kad pengenalan, bukan atas 
kenderaan.

Contohnya, seseorang yang memiliki dua kenderaan, salah satu mempunyai saman 
ekor (taraf bintang), maka kedua-dua kenderaan ini tidak dibenarkan 
memperbaharui roadtax jika saman ekor ini belum dijelaskan.

Contoh sebenar yang berlaku kepada rakan sekerja saya. Pada 2007, beliau 
membeli dua kenderaan, satu digunakan sendiri dan satu lagi digunakan suaminya. 
Pada awal Januari 2010, mereka bercerai dan kereta yang digunakan bekas 
suaminya telah dijual pada Mac 2010.

Pada minggu lepas, apabila beliau hendak memperbaharui roadtax kereta yang 
beliau gunakan sekarang di pejabat pos, kerani beritahu nama beliau 
disenaraihitam JPJ. Kemudian apabila dirujuk ke balai polis, alangkah 
terkejutnya apabila diberitahu ada 9 saman ekor taraf bintang ( RM300 : RM 
300x9 = RM 2,700.00 ) yang perlu dibayar segera sebelum dibenarkan 
memperbaharui kenderaan beliau yang tidak terlibat dng saman ekor. Adilkah 
hukuman ini?

Saya rasa ramai lagi yang berada dalam situasi seperti ini, kepada siapa nak 
mengadu? Sudahlah harga barang naik, ditambah lagi masalah sebegini membuatkan 
kita tertanya-tanya apakah maksud ‘rakyat didahulukan’?

Hal ini membuatkan saya semakin memahami kenapa masyarakat semakin memberi 
sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS yang dilihat begitu 
bersungguh-sungguh membela rakyat.

Rakyat biasa     

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27921:saman-ekor-tahniah-mahfuz-pas-prihatin&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke