Apa ? Puteri UMNO tak setuju dengan tindakan Ketua Menteri Melaka dan tak 
setuju dengan tindakan Majlis Agama Islam Melaka yang membenarkan segelintir 
pelajar yang tak boleh kekang lagi nafsu untuk berkahwin secara halal ? Kalau 
macam nilah pendirian Puteri UMNO , memang hancurlah generasi muda. Fatwa mana 
Puteri UMNO ni guna pakai ?

Kerajaan negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa 
daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. ADUH ! Tamparan 
hebat untuk kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, 
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain.

***************** 
Puteri UMNO bantah pelajar kahwin awal

Utusan Malaysia 4 Ogos 2010 

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa 
membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala 
hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat 
terhadap masalah berkenaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak 
bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat 
mencegah gejala hamil luar nikah.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam 
yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin 
walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam 
Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki 
bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
 

MAIM benar pelajar berkahwin

Utusan Malaysia 4 Ogos 2010 

MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar 
mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran 
kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang 
gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam 
Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki 
bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan 
bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui 
Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah 
jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada 
persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi 
dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa 
memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada 
mereka melakukan zina.

"Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya 
anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar 
nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya.

Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana 
pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun.

"Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, 
minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa 
daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka.

Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga 
bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu 
mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke