Nampaknya Menteri sendiri pun tak faham secara keseluruhan masalah saman ekor 
ni. Kepada Datuk Seri Hishammuddin yang bijaksana, jangan dengar kata sebelah 
pihak saja. Cuba tuan turun padang sendiri di kaunter JPJ dan kaunter trafik 
rasai sendiri kesusahan rakyat. Rakyat beratur panjang, kecewa cukai jalan tak 
boleh perbaharui, kena pula pergi ke kaunter trafik yang satu daerah hanya ada 
saut kaunter trafik.

Macam nilah Pak Menteri, turun padang, ambil seorang mangsa saman trafik, ikut 
dia di kaunter JPJ, lepas tu ikut dia ke IPD kaunter trafik, lepas tu ikut dia 
ke bank atau jumpa saudara mara nak pinjam duit nak bayar saman, nak bayar 
insuran, lepas tu ikut dia semula ke kaunter JPJ nak perbaharui cukai jalan. 
Mungkin makan masa 2-3 hari. 2-3 hari ni kalau dia peniaga berapa banyak dah 
rugi, kalau dia kerja dengan swasta , habislah cuti tahunan.

Macam-macam sumpah seranah yang Datuk Seri akan dengar kalau berada di kaunter 
JPJ dari pelbagai kaum dan bangsa dari semua parti , BN dan Pakatan Rakyat.

Faham tak Pak Menteri.

Lagi lama Pak Menteri nak semak sistem saman ekor ini, lagi ramai rakyat 
menderita dan menyampah, meluat, menyumpah.

Tindakan segera ialah batalkan arahan tidak boleh perbaharui cukai jalan kalau 
ada saman ekor, saman badan ke, saman kepala ke, saman tangan ke.

Yang kedua, saman yang tahun 2000, tahun 2010 baru muncul apa cerita ? Lemah 
sangat ke sistem IT PDRM sampai tak boleh nak kesan pesalah trafik ?

Saman ekor ni menganiaya mereka yang lurus bendul. Mereka yang no plet 
kenderaan mereka digunakan oleh orang lain. Mereka yang menjual kereta tak 
ditukar nama oleh pembeli. Mereka yang meminjam kereta. Kalau dah 10 tahun baru 
dapat saman ekor, mana manusia yang boleh ingat 10 tahun lepas siapa guna 
kereta tersebut.

Tolonglah jangan saman pemilik kenderaan, samanlah pemandu yang buat kesalahan. 
Kalau nak mengajar pemandu bukan tunggu 10 tahun, patutnya dalam dunia yang 
serba canggih ini dalam masa seminggu polis mesti hantar notis saman kepada 
pemandu beserta dengan bukti

Lagi satu Pak Menteri, biarlah semua balai polis boleh berurusan untuk 
selesaikan saman ni, bukan di IPD sahaja. Rakyat sekarang kena kerja lebih 
masa, kerja part time untuk bayar bil elektrik, minyak naik dan sebagainya. Apa 
cerita hanya IPD Bahagian Trafik sahaja yang boleh handle isu saman ni ?

*************************** 

04 Ogos, 2010 07:58 AM

KDN Mahu Semak Semula Saman Ekor


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan 
mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyemak semula sistem saman ekor, 
ekoran bantahan ramai pihak berhubung perlaksanaan sistem itu.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata pihaknya juga mahu satu 
kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan 
kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik.

"Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan 
trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau 
menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka.

"Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang 
teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil," katanya kepada 
pemberita selepas menghadiri mesyuarat kumpulan kerja bagi memerangi keganasan 
di antara Malaysia dan Australia di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memikirkan kaedah pembayaran yang paling 
baik dan sesuai untuk pesalah trafik yang mempunyai jumlah saman yang sangat 
banyak.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518644 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke