Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa 
tiada buaya di pantai Port Dickson dan menyeru kepada rakyat jelata tak perlu 
risau langsung untuk berkelah dan bermandi manda di pantai PD dan memberi 
jaminan pantai PD adalah selamat se selamatnya. Tolonglah percaya cakap Menteri 
Besar Negeri Sembilan ini.

Agaknya Buaya yang dijumpai di pantai PD beberapa hari lalu memang bukan buaya. 
Ianya hanyalah bangkai buaya. Dan bangkai buaya ni pun sebenarnya kena tembak 
di sungai , kemudian buaya tadi dalam keadaan cedera telah tersesat ke laut, 
itu je.

Agaknya Menteri Besar kata kepada pemburu buaya, janganlah tembak atau serang 
buaya ni, nanti buaya ni tersesat lagi ke laut.

TAPI Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 
cakap lain pula, buaya tadi mati kerana faktor usia kerana dah berusia 60 
tahun. Agaknya salah teori Pengarah Perhilitan ni, kena banyak lagi belajar 
dengan MB kita.

Nak tanya MB, adakah menjadi kesalahan memburu buaya ? Adakah buaya merupakan 
spesis yang dilindungi ? Kalau menjadi kesalahan memburu buaya apakah hukuman 
yang dikenakan ? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan 
pemburuan buaya ? Menambah bilangan penguatkuasa ? Mengadakan kerjasama dengan 
polis marin ? Menambah bilangan bot peronda sungai ? 

Macamana pun MB sebelum ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati mandi di 
pantai PD kerana mungkin ada terumbu karang yang tajam dan berbahaya. Seperti 
laporan terakhir di bawah ini.

*********************** 
Wednesday August 4, 2010
MB: No crocs at PD beaches


SEREMBAN: The beaches of Port Dickson are safe despite reported sightings of 
crocodiles along the coastline recently, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan 
said.

“Holiday-makers and beach-goers need not worry as there have been no incidences 
of crocodile attacks. In the past, there had been incidences where crocodiles 
at Sungai Timun and Sungai Linggi displayed aggressive behaviour but this was 
because they had been shot at and trapped by poachers,” he told reporters here 
yesterday.

“My advice to the people is, stop attacking these creatures or they may 
retaliate,” Mohamad said, adding that the crocodiles do not normally stray from 
their river habitat to the beaches at the popular seaside town.

A six-metre long crocodile was found dead at the Ixora Permai beach near 
Tanjung Agas in Port Dickson on Tuesday.

The reptile was believed to have been dead for four days at the time villagers 
found it at the Kuala Linggi riverbank at about 12.45pm.

Mohamad said the crocodile, known locally as buaya tembaga because of its 
copper-coloured body, had probably been injured before it made its way to the 
sea from its natural habitat in Sungai Linggi, some three kilometres away.

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F4%2Fnation%2F6793511
 

Buaya ditemui berusia lebih 50 tahun

SEREMBAN 3 Ogos - Bangkai buaya tembaga yang ditemui berhampiran Kolej Uniti, 
Tanjung Agas, Port Dickson dipercayai telah berusia lebih 50 tahun dan mati 
sejak tiga hari lalu akibat faktor usia.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman 
Negara (Perhilitan) negeri, Ishak Muhamad selepas sekumpulan pemancing menemui 
reptilia seberat lebih satu tan yang terapung di perairan dekat pantai Ixora 
Permai.

Ishak berkata, bangkai reptilia itu juga disahkan tidak cedera dan kesan luka 
yang terdapat pada badan reptilia itu disebabkan oleh geseran pada batu karang.

"Spesies buaya tembaga ini mampu hidup selama 60 tahun dan daripada penelitian 
yang dijalankan ke atas bangkai buaya ini, ia dipercayai berusia antara 50 
hingga 60 tahun berdasarkan faktor saiz badan, gigi yang sudah tumpul dan 
beratnya.

"Berdasarkan pengamatan kami, buaya ini dipercayai telah mati sejak tiga hari 
lalu kerana bangkai itu sudah mula mereput dan mengeluarkan cecair busuk," 
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
 

Pakar Kata Gigitan Bukan Dari Buaya - MB

SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) -- Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port 
Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan 
akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka 
tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

"Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti 
apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu 
karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di 
sini Isnin.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang 
oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian 
berdasarkan spekulasi.

Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang 
selamat dikunjungi.

"Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, 
kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA," katanya.

Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan 
pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang 
dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.

Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat 
lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman 
dalam air di pantai berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=469151 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke