Di sini saya menyeru kepada semua yang prihatin untuk membantu membaiki surau yang teramat uzur di Negeri Sembilan ini agar bersama kita membantu mengikut kemampuan masing-masing. Terutama sekali mereka yang berada di sekitar Kg Semerbok atau Kota atau Rembau atau Negeri Sembilan, Malaysia dan seluruh dunia.
Saya ingatkan masalah surau daif uzur ni dah mendapat perhatian sebab sudah pun disiarkan dalam akhbar pada 1 Disember 2009, tapi nampaknya semua pihak termasuk diri saya sendiri terlepas pandang apabila sekali lagi disiarkan pada 4 Ogos 2010. Mereka yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan pihak Surau Kuala Merbok, Kota, Rembau, N.Sembilan. InsyaAllah saya sendiri akan cuba mendapatkan beberapa rakan untuk membantu samada menghulurkan bantuan kewangan atau mendapatkan khidmat kontraktor untuk membaiki surau berkenaan. Mereka yang ingin menyumbang melalui saya bolehlah dimasukkan melalui akaun berikut : Nama akaun : Rozmal bin Malakan No akaun : 155126945930 Maybank Sekiranya menyumbang melalui akaun saya , sila SMS ke no tel saya 012-2267406 atau e-mel [email protected] nyatakan seperti berikut Contoh : RM 30 SURAU MERBOK Semoga sumbangan kita semua diterima Allah. ****************************** Surau usang perlu segera baik pulih Sinar Harian 4 Ogos 2010 SEMERBOK - Penduduk di sini bimbang keadaan surau yang semakin usang dan perlu segera dibaik pulih bagi membolehkan aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih selesa. Pengerusi Surau Kuala Merbok, Rosli Yasin, 54, berkata, surau terbabit sudah menjangkau lebih 30 tahun dan mengalami banyak kerosakan kerana dibuat daripada papan. Menurutnya, terdapat juga sarang anai-anai di setiap sudut surau yang semakin banyak walaupun dia kerap membersihkannya. “Keadaan ini menyebabkan ada bahagian surau yang reput dimakan anai-anai. “Jika dibiarkan berterusan tanpa perhatian sewajarnya daripada pihak berkaitan, ahli kariah surau ini pastinya berdepan masalah, malah menyebabkan jemaah semakin berkurangan kerana tidak selesa beribadat di sini,” katanya ketika ditemui selepas gotong-royong membersihkan kawasan Surau Kuala Merbok. Rosli berkata, kebanyakan jemaah membabitkan penduduk berhampiran dan warga emas yang memilih beribadat di surau kerana masjid terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan berkenaan. “Jika surau ini tidak dibaiki segera, sukar bagi warga tua untuk berjalan kaki ke masjid. “Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan tetapi sehingga kini tiada tindakan yang memuaskan hati. Kami menantikan perubahan yang positif terhadap surau ini,” katanya. Menurutnya, Surau Kuala Merbok tidak pernah sunyi daripada mengadakan aktiviti dan program keagamaan seperti kelas mengaji. “Sebelum ini, surau di sini pernah dibaik pulih tetapi dengan menggunakan derma dan sumbangan orang ramai tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah dihadapi. “Kami menggunakan wang sumbangan ini untuk membaiki bahagian yang rosak teruk sahaja,” katanya. Rosli berkata, lebih memburukkan keadaan apabila bumbung surau juga mengalami kerosakan dan boleh diibaratkan menunggu masa untuk roboh sahaja jika dibiarkan tanpa penyelesaian. “Melihat kepada keadaan surau ini, ia memang tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai pada satu-satu masa kerana dikhuatiri mengundang bahaya disebabkan strukturnya tidak kukuh. “Justeru, saya berharap pihak berkenaan mengambil perhatian dan meneliti mengenai masalah ini sebaik mungkin,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8024271.asp Penduduk mohon surau dibaiki segera Sinar Harian 1 Dis 09 KOTA - Penduduk di sini bimbang dengan keadaan surau yang semakin usang dan perlu dibaik pulih segera bagi membolehkan aktiviti keagamaan dapat dijalankan lebih selesa. Pengerusi Surau Kuala Merbok, Rosli Yasin, 54, berkata, surau itu sudah menjangkau 30 tahun dan mengalami banyak kerosakan memandangkan ia diperbuat daripada papan. Katanya, beliau juga tidak mampu memusnahkan sarang anai-anai di setiap sudut surau meskipun kerap membersihkannya. “Malah keadaan bertambah teruk kerana terdapat bahagian surau telah reput kerana dimakan anai-anai. “Jika dibiarkan berterusan tanpa perhatian sewajarnya daripada pihak berkaitan, ahli kariah surau ini pastinya berdepan dengan masalah. Mungkin surau ini tidak boleh digunakan lagi sedangkan setiap hari ia menempatkan tidak lebih daripada 30 jemaah,” katanya ketika ditemui di surau berkenaan yang terletak di Kampung Semerbok. Rosli berkata, kebanyakan jemaah melibatkan penduduk berdekatan dan warga emas memilih surau berkenaan untuk beribadah memandangkan masjid terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan itu. “Jika surau ini tidak dibaiki segera, sukarlah bagi warga tua untuk berjalan kaki ke masjid,” kata Rosli. Menurutnya, masalah itu dipanjangkan kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini tiada tindakan memuaskan hati jemaah kerana saban hari, mereka menantikan perubahan positif terhadap surau ini. “Saya sudah usulkan masalah ini beberapa bulan lalu dengan harapan surau ini dapat dibaik pulih segera. Ini kerana surau tidak sunyi daripada pelbagai aktiviti keagamaan, contohnya kelas mengaji turut diadakan di sini,” katanya. Sebelum ini katanya, surau itu pernah dibaik pulih semula melalui derma dan sumbangan orang ramai, namun kutipan diterima belum cukup menyelesaikan masalah. Difahamkan, pihaknya menggunakan wang tersebut untuk membaiki bahagian yang kritikal sahaja ketika itu. “Sekarang ini atap surau pun sudah rosak. Keadaan surau ini boleh diibaratkan menunggu masa untuk roboh sahaja jika masalah ini dibiarkan tanpa penyelesaian,” katanya. Malah katanya, melihat keadaan surau ini sememangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai dalam satu-satu masa kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya disebabkan strukturnya tidak kukuh. “Justeru, saya berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan meneliti mengenai masalah ini sebaik mungkin,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6117668.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

