Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir peniaga dan 
pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama pada waktu 
malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang siuman, selain 
berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya. 

***************** 
Timur: Suram, seram
Berita Harian 5 Ogos 2010 

Pengguna Stesen Bas Kuala Dungun diganggu orang kurang siuman, peragut 

DUNGUN: Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir 
peniaga dan pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama 
pada waktu malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang 
siuman, selain berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya. 

Stesen bas yang baru beroperasi sejak lima bulan lalu di Kuala Dungun diakui 
sudah dilengkapi kemudahan mencukupi dan selesa untuk orang ramai terutama 
pengguna pengangkutan awam, namun ketiadaan pondok polis di situ membimbangkan 
mereka berikutan stesen itu kadangkala sunyi. Tinjauan Edisi Timur di stesen 
bas berkenaan mendapati, kawasan itu agak sunyi pada waktu senja hingga malam, 
sebelum ia rancak apabila banyak bas tiba dalam waktu hampir sama untuk 
mengambil penumpang. 

Keadaan itu membimbangkan pengguna yang menunggu ketibaan bas, terutama apabila 
jumlah penumpang agak sedikit pada hari biasa, berbanding hari minggu yang 
dipenuhi penumpang, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi berhampiran. 

Seorang peniaga runcit, Mohd Fauzi Mamat, 48, berkata, masalah orang kurang 
siuman yang sering berlegar di kawasan itu menimbulkan rasa takut dan kurang 
senang peniaga serta pengguna pengangkutan awam. 

Malah, katanya orang kurang siuman pernah beberapa kali masuk ke kedainya dan 
mengganggu serta mengugut anak gadisnya ketika menjaga kedai di siang hari, 
bagaimanapun mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini. 
“Orang kurang siuman yang berkeliaran menakutkan wanita dan anak gadis di sini. 
Selain itu, keadaan stesen yang agak sunyi pada waktu tertentu juga mendorong 
penjenayah seperti meragut untuk melakukan kegiatan jenayah di sini. 

“Oleh itu, rasanya tidak salah ditempatkan sebuah pondok polis yang memantau 
serta mengawal keselamatan kawasan ini,” katanya yang mengakui pernah membuat 
laporan polis mengenai ancaman orang kurang siuman. 

Pekerja Am yang mahu dikenali sebagai Pak Ali, 63, berkata, walaupun tidak 
pernah berlaku sebarang kes jenayah, namun, langkah berjaga-jaga harus 
diutamakan. 

“Dengan adanya pondok polis di sini, ia dapat mengelak berlakunya kes jenayah 
seperti mencuri serta dalam masa sama menjaga keselamatan pekerja dan pengguna 
bas ekspres”, katanya stesen bas itu hanya sesak ketika tiba musim cuti penggal 
institusi pengajian tinggi di kawasan itu. 

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Dungun, Nurazwani Ridhuan, 21, 
berkata, suasana sunyi itu menimbulkan rasa takut terutama apabila bas ekspres 
lewat daripada masa yang ditetapkan. 

“Saya pernah diganggu sekumpulan mat rempit dan diganggu orang kurang siuman 
yang meminta wang serta memaki hamun dengan perkataan kesat”, katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Suram_seram/Article 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke