Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis
28 Ogos 2010
9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pusat Latihan Akademi Penulis (BilikTraining.Com), Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur

PENGENALAN

Dunia penulisan buku adalah dunia penuh misteri. Banyak pandangan kabur 
dan salah tersebar menyebabkan masyarakat dengan dunia ilmu ini. 
Fitnah-fitnah dunia buku yang tersebar ini memberikan bersepsi buruk 
hingga ramai yang tidak tahu sebenarnya di sebalik semua ini ada satu 
dunia sepenuhnya berbeza. Dunia yang penuh permata dan emas.

Tahun ini syarikat Kumpulan PTS membelanjakan RM 1.8 juta untuk membayar
royalti kepada keseluruhan pengarang yang bukunya terjual pada tahun 
2009. Ada penerima yang menerima royalti 6 angka. Ini suatu perkara yang
menakjubkan. Dahulunya orang menyangka dunia penulisan ini suatu dunia 
membosankan, tidak seksi, kurang menarik, dunia orang akademik dan 
sebagainya. Namun sekarang tidak lagi. Ia dunia yang berbeza sepenuhnya.

Kita di Akademi Penulis  ingin membongkar rahsia ini kepada semua 
melalui MINI SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS. Mini seminar yang akan 
membongkar segala pandangan salah mengenai dunia penulisan. Menebas 
segala lalang untuk membuka jalan yang terang benderang bagi memudahkan 
semua menjumpai apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Ia akan dibentangkan oleh pakar dunia penulisan buku Tuan Fauzul Na'im 
Ishak. Seorang yang berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia penulisan 
buku. Bermula sebagai seorang editor cum jurujual bahagian utara PTS 
Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Membangunkan judul-judul buku 
baru, menjelajah seluruh pelosok semenanjung Malaysia. Bertemu para 
pekedai, melatih para pengarang dan sekarang menjadi pengurus besar 
penerbitan salah sebuah syarikat penerbitan tersohor Malaysia.

Segala pengalaman beliau menghasilkan dan menerbitkan karya-karya
bestseller akan dibongkar dalam MINI SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS
ini.

APA PENGISIANNYA?

Mini seminar ini akan membongkar 3 perkara yang penting diketahui oleh
para pengarang dan bakal pengarang:

MODUL PERTAMA: Apakah Mitos-mitos Dunia Penulisan Buku

Masyarakat Malaysia sering didengarkan pelbagai berita dan info yang 
negatif mengenai dunia penulisan buku. Info-info ini memberikan gambaran
yang salah mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku. Di sini kita 
akan membongkar fahaman-fahaman ini dan memberikan penjelasan yang 
sebenar mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku.

MODUL KEDUA: Bagaimana Memilih Bidang Penulisan

Ramai yang sering bertanya buku apakah yang patut saya tulis, genre buku
apa yang laku dalam pasaran, bolehkah saya menulis dalam bidang lain 
dan banyak lagi. Dalam sesi ini, jurulatih akan mendedahkan 5 langkah 
penemuan dalam diri. Bagaimana untuk menjadikan apa yang sudah ada dalam
diri kita dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Dalam diri ada 
buku.

MODUL KETIGA: Dari Mana Datangnya Wang Dalam Dunia Penulisan

Dunia penulisan dan penerbitan buku ini banyak 'emas' dan 'harta 
karun'nya. Harta secara langsung dan secara tidak langsung. Ramai 
pengarang yang sudah mendapatkan manafaat daripada dunia penulisan dan 
penerbitan buku ini. Kita dedahkan semuanya dalam sesi ini.

BERAPAKAH PELABURAN?

Untuk mendapatkan semua perkara di atas para peserta hanya perlu melabur
sebanyak RM 100 SAHAJA.  Ya hanya RM 100 sahaja, yuran seminar termurah
pernah ditawarkan oleh  Akademi Penulis. Namun ia hanya terhad untuk 28
orang peserta sahaja.  Pusat Latihan Akademi Penulis @ BilikTraining.Com
hanya mampu mengisi  seramai ini sahaja.

HUBUNGI

Bagi yang berminat, bertindak sekarang. Hubungi 0136288614 (Qahhar)
ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada lati...@akademipenulis.com.
Bertindak sekarang! Mungkin program ini akan mengubah diri dan kehidupan
Tuan Puan.

Kirim email ke