Ini kisah benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya..


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya 
ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk 
mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun 
payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup 
tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. 
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang 
tak ada duit," bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa berwajah selamba, sukar dibaca isi hatinya.

"Bagilah berapa pun yang ada.." cadang emak pendek.

"Takkan nak bagi lima ringgit?" aku bersuara.

Emak hanya mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang hanya sebanyak itu. Apalah 
yang boleh dibeli dengan wang lima ringgit. Tapi kerana tidak mahu 
menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga 
memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang 
mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas 
dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit 
wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? Sepuluh tolak 
lima, saya masih 'untung' lima ringgit. Geli hati saya apabila memikirkannya..

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke 
kampung, saya akan menurut sahaja permintaan ayah. Kadang-kadang 
terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang 
sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali 
pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kadang-kadang 
hanya mengizinkan wang dua ringgit sahaja untuk diberikan kepada 
ayah. Ironinya, ayah tetap dengan permintaannya dan tetap tersenyum 
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan 
selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri 
(emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan 
jadi sasaran. Kadang-kadang itulah duit pelengkap membeli tiket 
pulang. Ayah akan memasukkan duit melebihi jumlah yang saya berikan 
kepadanya ke dalam poket anak. Saya tidak mengambil masa lama untuk 
memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia 
meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada 
sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Masa berlalu. Buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu 
sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin 
membesar. Kalau dahulu kami pulang ke kampung dengan bas tetapi 
selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya 
masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil 
milik kami sendiri.

"Nanti besarlah kereta kamu ini.." ujar ayah sambil tersenyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke 
kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten 
dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi 
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun 
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, 
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja 
atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak 
tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 
'dikebas' oleh saya. Dan di dalam hati, saya mula berasa senang 
kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah kini sudah melebihi apa 
yang diselitkan ke kocek anak saya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar 
kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin 
rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang 
meningkat saya membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak-anak mula 
menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin 
rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan 
ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya 
telah dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan 
kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah Al-Wahhab itu!

Kini aku benar-benar faham bahawa ibu dan ayah yang tua bukan beban 
dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di 
akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya 'aset' untuk 
kita. Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi 
mengabaikannya.

Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. 
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki 
berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan 
mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasulullah 
s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Inilah rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh 
tokoh-tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku 
perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Ibu bapa 
sudah tiada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak 
ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Sentiasalah berfikir 
untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri 
kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke