Apakah ini salah satu punca kenapa jenayah semakin menjadi-jadi, mengganas dan 
berleluasa di Malaysia ? Apakah Ketua Polis Negara dan PDRM sering tidak 
sehaluan dengan Kementerian Dalam Negeri ? Apakah perlu Mufti memainkan peranan 
untuk menyatukan perpaduan antara KPN, PDRM dan Kementerian Dalam Negeri kerana 
kedua-duanya diterajui oleh orang Melayu ? 

Ikuti luahan KPN di bawah :

KPN akui campur tangan KDN

Musa Hassan melambaikan tangan kepada jurufoto akhbar selepas sidang akhbar di 
Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. 

--------------------------------------------------------------------------------
 
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur 
tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum 
ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan 
tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan 
dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan 
membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis 
Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah 
orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan 
orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu 
siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima 
rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Kepada satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi 
percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur 
tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang 
baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar 
undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan 
kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat 
kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya 
dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan 
mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis 
Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik 
atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan 
tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke