Kes jenayah di Malaysia sekarang ini semakin menjadi-jadi, semakin meningkat, 
semakin menggila. Di samping kita meningkatkan langkah pencegahan jenayah, 
mempereratkan kembali semangat kejiranan, semangat persaudaraan, yang paling 
utama bagi kita umat Islam ialah kembali memohon kepada ALLAH swt agar 
menjadikan Malaysia negeri yang Aman dan Sejahtera, sejajar dengan titah 
Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan sebelum Solat Sunat Idil Fitri di 
Masjid Pengkalan Arang, Kuala Terengganu pada 10 Sep 2010 supaya menjadi 
Terengganu Negeri yang Aman dan Sejahtera.

Tak payahlah kita nak terkejar-kejar nak membangunkan fizikal, jadi negeri 
maju, tetapi rakyat dan pemerintah tak selamat, aman dan sejahtera. Kalau 
negeri aman dan sejahtera , insyaAllah senang kita hendak menjadi negeri atau 
negara maju.

Nak mohon pada Allah untuk menjadi Malaysia negeri aman dan sejahtera, 
hendaklah kita buat semua yang apa Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah 
tegah.

********************** 
Kes jenayah meningkat dibimbangi
Utusan Malaysia 13 Sep 2010 

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang 
serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin 
membimbangkan. 

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila 
jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang 
dilaporkan kebelakangan ini.

"Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran 
bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini.

"Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu 
yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," 
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang 
semakin berleluasa termasuk kes bunuh.

Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji 
dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani 
keadaan ini.

Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara.

"Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena 
jenayah tersebut yang semakin menular.

"Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih 
agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive
 

 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke