BENGKEL PENULIS SUPER
TARIKH: 17 hingga 19 Disember 2010
*Yuran asal RM950, HARI TERAKHIR (13 DISEMBER 2010) UNTUK MENDAPATKAN
DISKAUN PENYERTAAN HANYA RM750 SAHAJA (JIMAT RM200)*
*TEMPAT: BilikTraining.Com, 9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur*

Tahukah anda? Tahun ini pihak PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
penerbit buku umum bahasa Melayu nombor 1 Malaysia membayar RM1.8 juta
kepada keseluruhan penulis yang menulis di bawah bumbung penerbitannya? Ada
pengarangnya yang menerima royalti melebihi RM100K setahun. Ini bukan
fantasi lagi ini adalah suatu realiti. Dunia penulisan buku sudah menjadi
ruang penghasilan pendapatan pasif yang besar. Jika dibandingkan wang
royalti pengarang dan penyanyi, pendapatan pengarang lebih besar. Ingin
ketahui apakah rahsianya menjana kewangan daripada dunia penulisan? Sertai
Bengkel Penulis Super 17 hingga 19 Disember 2010. Ia dikendalikan oleh
Pengurus Besar Penerbitan PTS, Tuan Fauzul Na'im Ishak sendiri bersama
dengan Tuan Zamri Mohamad, pengarang buku bestseller, Bagaikan Khadijah di
Hati Muhammad.

*Siapakah Pengarang Bestseller?*

Penulis bestseller bukan suatu yang magis untuk dicipta secara tiba-tiba. Ia
adalah suatu proses organik dengan persediaan, persiapan, perancangan dan
proses penulisan teliti si penulis. Sehingga sekarang tidak ada satu
penerbit di dunia yang boleh meramalkan buku apa dan penulis mana boleh
menjadi bestseller.

Namun begitu kita boleh lihat banyak ciri yang sama di antara satu buku
bestseller dan buku bestseller yang lain. Pesona bintang yang sama antara
seorang penulis bestseller dengan penulis bestseller yang lain. Perkara yang
wajib tahu oleh semua pengarang di Malaysia.

Program PENULIS SUPER direka dengan input paling komprehensif dunia
penulisan dan penerbitan buku Malaysia dan antarabangsa. Program yang
disusun berdasarkan pengalaman penulis, penerbit dan pekedai buku seantero
Malaysia. Kajian mendalam para pakar industri perbukuan yang diiktiraf
antara terbaik dalam pasaran.

*OBJEKTIF BENGKEL

*Selepas menghadiri bengkel, para peserta dapat*
*

   - Menghasilkan bahan penulisan yang mesra pelanggan bersesuaian dengan
   trend semasa dan menjadi bestseller dalam pasaran
   - Membangunkan kemahiran penulisan yang efektif dan mesra pembaca dengan
   teknik terkini sesuai industri
   - Menjadi penulis yang peka kepada kehendak dan keperluan pembaca


*APA YANG BAKAL DIPEROLEH PARA PESERTA*

   - Mempelajari kaedah mempersembahkan penulisan yang memenuhi kehendak
   pasaran dan industri
   - Mengetahui teknik terkini penulisan buku dan artikel
   - Mengetahui rahsia para penulis bestseller yang tidak pernah diceritakan
   di mana-mana seminar ataupun bengkel
   - *Jaminan penghasilan proposal penulisan buku yang pertama*


Kesemua ini diterjemahkan ke dalam program 3 hari 2 malam PENULIS SUPER.

Program PENULIS SUPER adalah sebuah modul 3 fasa iaitu :

*Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan*
Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan.
Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus
dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya
pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang
libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang
manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat
menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya
sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai
topik-topik penting ini.

*Fasa 2 : Fasa Penulisan*
Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan
penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah
karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang
baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan
langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para
penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

*Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan*
Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan
bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam
memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga
penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam
hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya
mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai
dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

*BIODATA JURULATIH BENGKEL*

*Biodata Fauzul Na’im Ishak*

Fauzul Na’im Ishak adalah seorang penerbit buku, penulis dan pakar perunding
pembangunan penulis. Beliau adalah pengurus besar penerbitan Kumpulan PTS,
syarikat kumpulan penerbit buku berbahasa Melayu paling agresif di Malaysia.
Menerbitkan banyak buku terlaris Malaysia karangan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah
Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, saudara Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.

Beliau berpengalaman melatih lebih 1,000 orang pengarang seluruh Malaysia.
Beliau sering mengendalikan bengkel penulisan dan pembangunan penulis untuk
organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan
swasta. Antara pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Malaya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam dan Kolej
Universiti Sains Islam Malaysia.

*Biodata Zamri Mohamad*

En. Zamri Mohamad adalah jurulatih bengkel penulisan. Sering dijemput
mengendalikan bengkel penulisan di badan-badan kerajaan, bukan kerajaan,
institusi pengajian tinggi dan swasta. Pengarang prolifik dengan buku-buku
dalam bidang pembangunan diri dan cinta. Antara buku yang sudah ditulis dan
terbit adalah Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki,
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan Cari Duit Cara Mudah dengan Menjadi
Penulis Freelance
*
PENGISIAN PROGRAM*

*Hari 1*

*Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman*

   - Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku
   - Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku
   - 5P : Formula Penulis Super
   - Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri
   - Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia
   - Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda
   - Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda

*Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda*

   - Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan
   - Undang-undang Libel : Berhati-hati dalam penulisan
   - Creative Common License : Teori & aplikasi
   - Hak Pengarang :
   - Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu
      - Bagaimana membuktikan hak cipta
      - Bagaimana membuat pendakwaan

*Anatomi Buku*

   - Apakah itu buku, rencana dan artikel?
   - Spesifikasi buku
   - Kulit depan, tajuk, blurb, half title, prakata, senarai isi, bab-bab,
   bibliografi, indeks, kulit belakang, tetulang buku, ISBN, CIP dan proses pra
   cetak
   - Tanda baca, perkataan Latin dsb.

*Hari 2*

*Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala*

   - Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan
   - Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit
   - Merangka perancangan penulisan

*Kreativiti & Kesegaran Idea*

   - Apakah kreatif dan bagaimana menjana kreativiti
   - Teknik penjanaan idea
   - Writer’s Block : Keluar dari kekangan minda

*Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun*

   - KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk
   - Menghasilkan jalan cerita (storyline)
   - Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami
   - Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat
   - Membina perenggan, bahagian bab dan bab

*Hari 3*

*Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal*

   - Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain
   - Beza antara terjemah dan adaptasi
   - Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita
   - Warna dan warni dalam buku
   - Graf Edisi melawan versi dalam penulisan buku
   - Apa yang boleh dan tidak dalam penulisan buku
   - Indeks kebolehbacaan dan cara mengurangkannya

*Pemasaran Tradisional & Non Tradisional Bahan Bertulis*

   - Kaedah Pemasaran Tradisional
      - Aktiviti dalam kedai
      - Aktiviti di tempat awam
   - Kaedah edaran awam
   - Kaedah Pemasaran Non Tradisional
      - Pemasaran blog
      - Pemasaran nota jualan

*Dari Mana Datangnya Wang Dalam Penulisan*

   - 3 sumber wang dalam dunia penulisan
   - Membina diri sebagai penulis berkredibiliti
   - Dari Malaysia ke antarabangsa

*BERAPA PELABURAN?*

Yuran asal adalah RM950 (dahulu RM1,200), PENDAFTARAN SEBELUM 3 DISEMBER
2010 HANYA RM750 SAHAJA. Penjimatan RM250 untuk orang bertindak sekarang.

*BAGAIMANA MEMBUAT MENDAFTAR DAN PEMBAYARAN?*

Daftarkan di secara online di http://bit.ly/penulissuper2010

Buatkan bayaran. Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:

CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103

Bank Islam Berhad (BIMB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294

Maybank Berhad (MBB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142

Bayaran melalui kad kredit (Mastercard/VISA) juga diterima. Bagi menggunakan
kaedah ini para peserta perlu mengirimkan emel maklumat berikut:

Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon Bimbit:
Emel:
Alamat:

Pihak kami akan mengirimkan satu invois elektronik berserta arahan
pembayaran kad kredit. Pohon ikut arahan pada invois elektronik ini.
Pembayaran menggunakan kad kredit menggunakan penyedia pembayaran dipercayai
ramai NetBuilder.

Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula.
Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 41493560 ataupun emailkan ke
[email protected] slip pembayaran untuk tujuan rekod kami.

*ANDA BERMINAT?*

*HANYA UNTUK 27 ORANG PESERTA SAHAJA!* Hubungi sekarang, 0126723128 (Tuan
Alizan) ataupun 0175260580 (Tuan Shahril) ataupun 0341492560 (Puan
Syafawati) ataupun emailkan kepada [email protected]. Bertindak
sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

-- 
*
FN Education Group*
*www.fnedugroup.com*
*(Fauzul Na'im Sdn. Bhd.  (842439-K))
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA*
Tel: (+6) 03 4149 2560 Fax: (+6) 03 4149 3560 E-mail: [email protected]

*Pegawai Perhubungan Syarikat:*

Tuan Shahril Azhar Zainal Abidin, Pengurus Unit Latihan Korporat: (+6) 017
526 0580
Tuan Alizan Nasyran Mohd Shaupi, Pengurus Unit Latihan Umum & Kerjasama
Strategik: (+6) 012 672 3128


*Our Subsidiaries:*

   - *Akademi Penulis Sdn. Bhd. (www.akademipenulis.com)
   *
   - *Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. (**www.akademiusahawan.com.my)*
   - *Akademi Protokol Sdn. Bhd. (**www.akademiprotokol.com)*

Kirim email ke