1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat 
solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) 
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan 
letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga 
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat 
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan 
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal 
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita 
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang 
kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang 
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan 
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh 
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan 
rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti 
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan 
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan 
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan  satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira 
sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka 
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan 
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan 
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun 
ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu 
menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum 
terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan 
dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita 
bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab 
dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. 
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. 
Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. 
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. 
Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat  Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih 
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab 
baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak 
akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan 
wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan 
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang 
sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah 
memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, 
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri 
yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan 
sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia 
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya 
menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap 
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia 
menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras 
rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana 
berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita 
kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama 
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

p.s: Jika anda sedang merancang untuk membangun Sistem baru, atau menaik-taraf 
Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda.

Servis yang saya sediakan...

1. Menambah-baik Sistem lama
2. Membaikpulih Sistem sedia ada
3. Membangun Sistem baru
4. Membantu projek pelajar

Lihat profail saya: 
http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf/RaffiqEddyFreelancer.pdf


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke