JETI di Sungai Kemaman yang terbiar sejak 10 tahun lalu perlu dipanjangkan 
untuk kemudahan pengusaha bot penambang. Pengusaha bot sukar berlabuh kerana 
air cetek 

Rayu jeti disambung
Berita Harian 14 Dis 2010 

CHUKAI: Pengusaha bot penambang yang mengangkut penumpang dari jeti Sungai 
Kemaman ke kapal yang berlabuh di perairan Kemaman di sini, merayu kerajaan 
memanjangkan jeti sedia ada hingga ke tengah sungai bagi memudahkan bot rapat 
ke jeti pada bila-bila, termasuk ketika air surut. 

Jeti yang asalnya digunakan pengusaha feri untuk mengangkut penumpang dan 
kenderaan dari bandar ini ke Kuala Kemaman, tidak lagi digunakan hampir 10 
tahun lalu sejak pembinaan jambatan, kini digunakan pengusaha bot penambang 
mengangkut kelasi kapal yang berlabuh di laut untuk membeli-belah di bandar 
ini. 

Pengusaha bot penambang, Zulkifli Mohd Nor, 50, berkata kebanyakan anak kapal 
yang berlabuh di perairan Kemaman, terutama di kawasan Pelabuhan Telok Kalong 
menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk pergi dan balik ke kapal mereka. 

“Sejak empat tahun lalu, kami gunakan semula jeti ini untuk mengangkut anak 
kapal yang berlabuh di laut Kemaman. Namun, kami hadapi masalah bila air surut, 
bot tidak dapat berlabuh rapat ke jeti. 

“Justeru, kami merayu pihak berkuasa berkaitan untuk memanjangkan jeti ini. 
Kami kira lima meter lagi sudah memadai. Sekarang bila air surut kami tidak 
dapat rapat ke jeti, sekali gus menyulitkan penumpang untuk turun naik bot,” 
katanya ketika ditemui di sini. 

Rakannya, Zainudin Samin, 56, berkata selain anak kapal, mereka turut membawa 
pelancong terutama warga asing yang mahu melihat persekitaran bandar Chukai 
melalui Sungai Kemaman, Sungai Limbong dan Sungai Bukit Kuang. 

“Kalau Bandaraya Kuala Terengganu digelar sebagai bandar raya warisan pesisir 
air, bandar Chukai layak digelar bandar pesisir sungai, kerana sungai Limbong 
dan Sungai Bukit Kuang yang dikelilingi hutan bakau menjadi tarikan utama 
kepada pelancong,” katanya. 

BELIAU BERKATA, SEORANG PELANCONG DARI AMERIKA SYARIKAT PERNAH BERTANYA 
KEPADANYA KENAPA PESISIR SUNGAI KEMAMAN TIDAK DIMAJUKAN SEBAGAI KAWASAN 
PELANCONGAN. 

“Saya sekadar menjawab akan dimajukan tak lama lagi termasuk, penambahbaikan 
pada jeti ini,” katanya. 

Zainudin berkata, bot tidak boleh rapat ke jeti ketika air surut adalah antara 
masalah yang perlu diberi perhatian segera, jika pihak berkuasa merancang untuk 
memanfaatkan nilai komersial yang ada di kawasan berkenaan menerusi kegiatan 
pelancongan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wilayah_Rayujetidisambung/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke