Berita Harian 14 Dis 2010 

PPIM mahu kerajaan bantu pelajar di Mesir

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Menteri 
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil inisiatif 
menguruskan pinjaman kewangan kepada 4,784 pelajar persendirian Malaysia di 
Mesir yang terpaksa bergelut untuk meneruskan pengajian mereka ekoran kekangan 
kewangan. 

Setiausaha Kerjanya, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun jumlah pelajar yang 
ditimpa bermasalah itu dilihat kecil, namun mereka juga adalah modal insan 
kepada pembentukan negara Malaysia yang maju dan berdaya saing. 

“Mereka sekarang berada dalam situasi tertekan, takkan kita mahu menambahkan 
bebanan mereka untuk mencari biasiswa ataupun pinjaman dalam masa ini, jadi 
PPIM berharap sangat agar menteri sendiri mengambil langkah sewajarnya. 
“Pembabitan Datuk Seri Mohamed Khaled secara terus mungkin dapat bantu pelajar 
kita di sana,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Khaled baru-baru ini yang menyatakan 
Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai dana khas bagi membantu pelajar 
persendirian yang mengikuti pengajian di luar negara. 

Mohamed Khaled dilaporkan berkata, pelajar persendirian boleh memohon 
mendapatkan pinjaman daripada agensi lain seperti Amanah Raya Berhad (ARB), 
namun mereka perlu memenuhi kriteria ditetapkan antaranya memperoleh keputusan 
cemerlang dalam peperiksaan. 

Nadzim, berkata berdasarkan aduan diterima PPIM baru-baru ini, ada kira-kira 
300 pelajar yang sebahagiannya mengambil jurusan kritikal seperti perubatan, 
pergigian dan farmasi terpaksa menamatkan pengajian mereka dan pulang lebih 
awal, Januari ini akibat tidak mampu membayar yuran pengajian. 

“Ada antara mereka ini diminta oleh pihak kerajaan untuk pergi dulu ke sana dan 
bantuan biasiswa ataupun pinjaman akan diberikan selepas itu... ada juga yang 
sudah menerima pinjaman tetapi ditarik balik. 

“Oleh itu, PPIM berharap Datuk Seri Mohamed Khaled tidak lepas tangan dan 
membantu membela nasib mereka,” katanya.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPIMmahukerajaanbantupelajardiMesir/Article
  



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke