Assalamualaikum,

PACE mengucapkan tahniah kepada Harakat-ul-Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS)
atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember. HAMAS muncul secara rasmi di
persada tanah air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun 1987 sempena
tercetusnya Intifadhah pertama yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut.
Intifadah telah mengambalikan perjuangan Palestin di atas landasannya yang
sahih iaitu jihad tanpa kompromi untuk membebaskan seluruh bumi Palestin
dari cengkaman dan pendudukan haram Zionis israel semenjak tahun 1948.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh di dalam ucapan sambutan ulang tahun
penubuhan HAMAS menegaskan bahawa mereka sekali-kali tidak akan mengiktiraf
bahkan tidak mengakui kewujudan Israel sebagai entiti haram di atas bumi
palestin. Pendudukan haram israel tidak akan berlanjutan di masa hadapan dan
seluruh bumi palestin dari laut (Mediterranean) ke sungai (Jordan) akan
dibebaskan. "from the sea to the river; from 'Rosh haNikra to Rafah'.
Sehubungan dengan itu beliau memuji jihad bersenjata yang diterajui oleh
sayap ketenteraan HAMAS iaitu Brigade al-Qassam yang sehingga kini telah
berjaya membunuh 1,349 tentera zionis. Beliau juga memberi pujian kepada
usaha penentangan di Iraq dengan menegaskan bahawa jalan perjuangan bagi
umat Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya hanyalah dengan jihad fi
sabilillah. Sanjungan juga dikalungkan kepada Syeikh Raed Salah, pemimpin
gerakan Islam palestin 1948, yang mengambil tanggungjawab jihad
mempertahankan Masjid al-Aqsa dan al-Haram As-Syarif al-Quds, yang
dibebaskan dari penjara Israel. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan
kepada rakyat Palestin yang hidup di wilayah palestin 1948 yang disifatkan
hidup di dalam 'perut raksasa' (Levathian - biblical sea monster)

Dalam semangat yang sama beliau menyeru kepada Mahmud Abbas dan kelompok
Fatah supaya tidak lagi bersekongkol dengan regim Zionis Israel dengan
mengadakan kerjasama keselamatan dan mengadakan rundingan damai yang
ternyata sia-sia dan merugikan perjuangan rakyat Palestin. Mereka diajak
supaya kembali kepada usaha sebenar yang akan membebaskan bumi Palestin dan
rakyatnya iaitu jihad atau penentangan.

Ismail Haniyeh juga menegaskan bahawa hak rakyat Palestin untuk pulang
adalah hak asasi yang tidak bolih dipertikaikan oleh sesiapa. ia adalah hak
mutlak rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air dan kampung
halaman mereka.

PACE dengan ini menyokong penuh seruan dan saranan Perdana Menteri Ismail
Haniyeh untuk tidak mengiktiraf Israel, meneruskan jihad ke arah pembebasan
palestin dan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka di bumi
palestin.

PACE dengan ini mengiktiraf bahawa setiap inci bumi palestin yang terjajah
semenjak tahun 1948 adalah bumi Palestin yang sah dan wajib dikembalikan
kepada rakyat Palestin.

PACE menolak penubuhan negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967
seperti yang diistiharkan oleh Mahmud Abbas. bagi PACE, pendirian kami
adalah selaras dengan HAMAS iaitu negara Palestin berdasarkan sempadan tahun
1967 boleh diterima sebagai status sementara negara Palestin (berdasarkan
resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB 1967) dengan mewujudkan gencatan senjata
bersama negara haram Palestin untuk satu tempoh yang disepakati.

PACE menyeru semua pihak terutama kelompok Fatah yang menerajui PNA (Pihak
Berkuasa Palestin) supaya berhenti meletak sebarang harapan kepada rundingan
damai yang ternyata tidak memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan
pembebasan Palestin. PACE mengingatkan 'rundingan damain' hanyalah perangkap
yang dipasang oleh zionis dan sekutunya US untuk terus meredam bumi Palestin
dalam pendudukan dan cengkaman yahudi zionis secara berterusan.

PACE menyeru umat islam seluruh dunia supaya bersatu di atas kalimah
Lailahaillah dan melaungkan slogan 'al-jihad fi sabiluna' - jihad adalah
jalan kami demi mempertahankan tanah suci umat Islam dan Masjid al-Aqsa.

PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan yang tidak
terhingga kepada masyarakat sipil (madani) yang terdiri dari kalangan NGO
dan palbagai inisiatif lain yang diterajui oleh warga dunia, samada di
kalangan muslim dan bukan Islam yang telah menyumbang tenaga, kewangan
bahkan meletakkan nyawa mereka dalam keadaan terancam melalui misi-misi
penghantaran bantuan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan asas yang
amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang terkepung dan dikenakan sekatan oleh
regim kebinatangan zionis (Laknat Allah atas mereka semuanya). Usaha-usaha
ini yang dijelmakan oleh VP (Viva Palestina), IHH (Turki), yang turut
disertai oleh VPM, Aqsa Syarif, Haluan Palestin di Malaysia baik melalui
Flotila LL4G (Lifeline for Gaza) di atas kapal Mavi Marmara, LandConvoy VP5
yang diterajui oleh VPM dan Aqsa Syarif (Aqsa2Gaza).

PACE juga mengucapkan tahniah kepada Muasassah al-Quds Malaysia yang rasmi
penubuhannya pada 12 Disember 2010, sebagai cawangan kepada Muasassah
al-Quds pusat yang diterajui oleh as-Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Penubuhan Muassasah al-Quds yang berjaya menggabungkan parti-parti politik
baik parti politik pemerintah mahupun parti-parti bukan pemerintah dan juga
pelbagai NGO seperti IKRAM, Aqsa Syarif, Syura, Haluan Palestin,  PGPF, Aman
Malaysia dan banyak lagi pertubuhan yang bakal bersama adalah petanda jelas
bahawa rakyat Malaysia akan menyertai warga dunia dalam satu keluarga
antarabangsa yang bersiap sedia untuk membebaskan bumi palestin dan
cengkaman zionis israel.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
Palestine Centre of Excellence
14 Disember 2010

Kirim email ke