Pusat Jagaan Nuril Anwar adalah sebuah pusat kebajikan yang menyediakan penempatan dan keperluan asas bagi golongan anak yatim dan asnaf zakat.
Pusat ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan keprihatinan terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pembelaan. Pusat jagaan ini mula beroperasi sejak awal tahun 2010. Telah didaftarkan pada 26 Julai 2010 dengan beralamat di No.588, Jalan S2 K12, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan D.K. Pada September 2010, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah berpindah ke 4 buah rumah yang beralamat di No. 655, 656, 657 & 658, Jalan S2 K18, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, N.Sembilan. Rumah semi-D 2 tingkat ini telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah untuk dimanfaatkan sebagai rumah kebajikan. Kini, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah menempatkan seramai lebih 50 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin, remaja bermasalah dan mualaf. Pusat jagaan ini turut menaungi golongan ibu tunggal dan warga emas. Pihak pusat jagaan menanggung segala keperluan kebajikan semua penghuni di sini seperti keperluan makan minum, pakaian, duit belanja serta keperluan harian mereka. Justeru itu sokongan dan bantuan daripada para dermawan dan orang ramai sangat dialu-alukan untuk memenuhi keperluan di sini. Sumbangan Bulanan Wang Tunai atau Cek atas nama : Nuril Anwar : No.Akaun: 5551 7100 3751 (Maybank) - atau - Pusat Jagaan Nuril Anwar : No. Akaun : 0512 0000 596 105 (CIMB) Sebarang pertanyaan atau maklumbalas, sila hubungi : Tel : 013-5107313 (Pn Hjh Mariam), 013-3376173 (Pn Faridah) Email : [email protected] Blog : http://pusatjagaannurilanwar.blogspot.com JENIS-JENIS BARANGAN YANG BOLEH ANDA SUMBANGKAN Makanan: Bahan makanan asas basah dan kering seperti : Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap, sos, bihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, buah-buahan dan sebagainya. Barang keperluan lain: Sabun basuh pakaian, peluntur, ubat gigi, syampu, sabun mandi, pencuci tandas, pencuci lantai, nila, kapur kasut dll. Peralatan Pejabat: (Baru/ Terpakai) Alatulis, komputer, telefon, mesin faks/fotostat, meja, kerusi, white board, almari dll. Peralatan Memasak: Kuali besar, periuk, pengisar makanan, periuk nasi elektrik, pinggan mangkuk dll. Peralatan Rumah/Perabot : Mesin basuh, katil, almari pakaian, rak buku, televisyen, kipas, air cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll. Kenderaan: Kereta, van atau bas Kenderaan sangat diperlukan sebagai pengangkutan ke masjid bersolat Jumaat, ke sekolah, untuk urusan pentadbiran, mengambil barang-barang dari rumah penderma, kegunaan diwaktu sakit, menghadiri solat jenazah dan tahlil arwah dan urusan lain-lain yang berkaitan dengan kebajikan. Perhatian : Bagi sumbangan dalam bentuk barang-barang, makanan dan lain-lain, wakil Pusat Jagaan Nuril Anwar bersedia pergi ke tempat anda untuk mengambil barang-barang. ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

