Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut 
kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua 
Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik 
Hassan

(Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk 
merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna 
hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 
pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Bacalah sendiri rintihan, penderitaan, kisah 
seorang ibu mempunyai anak yang menghidap sakit mental pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html )

TIGA JUTA TERGANGGU MENTAL

Harian Metro 18 Dis 2010 

KUALA LUMPUR: “Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara 
kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan 
mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik 
Mustapha Nik Hassan

Beliau berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu 
perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan 
negara mencapai Wawasan 2020.

Berikutan masalah itu yang boleh mengugat negara, katanya, Pusat Perundingan 
dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) menganjurkan Bengkel 
Pengurusan Tekanan Mental (Stress).

“Bengkel ini bertujuan memberi kemahiran kepada peserta mengenal pasti dan 
menangani tekanan pada diri dan membantu mereka yang lain untuk mengurangkan 
tekanan yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan modul 
bertajuk ‘Pandangan Hidup Islami Mencegah Tekanan Mental, di sini.

Menurutnya, bengkel yang dihadiri 150 orang terdiri wakil organisasi dan 
individu daripada pelbagai peringkat usia itu turut menerapkan aspek pencegahan 
gangguan mental dari perspektif Islam.

“Melalui bengkel ini, Ikim memainkan peranannya supaya masyarakat khususnya 
yang beragama Islam memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan mental dan 
bagaimana cara mengatasinya melalui perspektif Islam.

“Tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu 
dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan tekanan dan mereka yang 
terlibat perlu mengambil langkah proaktif dengan menjaga kesihatan,” katanya.


Nik Mustapha berkata dalam usaha mengatasi gangguan mental di kalangan 
masyarakat, Ikim akan membangunkan modul yang dibentangkan dalam bengkel 
berkenaan untuk dikembangkan ke pasaran umum dan akan dibangunkan dalam bentuk 
pendekatan Islam sesuai dengan peranan yang dibawa Ikim.

“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan seminar kesihatan mental yang hanya 
disampaikan secara teori, tetapi melalui modul yang dilahirkan pada waktu ini 
dapat menghasilkan gerak kerja untuk mengatasi masalah secara praktikal.

“Modul ini akan dikembangkan untuk dipasarkan ke seluruh negara sama ada untuk 
agensi mahupun individu yang memerlukan bagi mengurangkan gangguan mental di 
kalangan masyarakat dan bagaimana Islam memainkan peranan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigajutaterganggumental/Article/index_html
 





      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke