Walaupun PKR dan Pakatan Rakyat dibelasah setiap saat di media arus perdana, 
namun pengaruh PKR dan Pakatan Rakyat terus berkembang di N.Sembilan. Nak tahu 
punca atau rahsianya? Walaupun PKR terdapat kelemahan, namun rakyat sudah muak 
dengan BN khususnya UMNO yang tidak menunjukkan perubahan ketara mendekati 
rakyat. Tak percaya? Tengoklah sendiri cawangan, bahagian dan pimpinan UMNO di 
N.Sembilan.

**************************** 

PKR Rasah buka Ranting Bandar Enstek di Dun Labu 
http://pkrn9.blogspot.com/2010/12/pkr-rasah-buka-ranting-bandar-enstek-di.html 

Pada 18 Disember 2010 (Sabtu) lepas, PKR Cabang Rasah telah berjaya membuka 
sebuah lagi Ranting Bandar Enstek di Dun Labu. Perasmian ranting tersebut telah 
dibuat dalam suatu majlis minum petang bersama pimpinan 

Cabang Rasah yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rasah, YB Loke Siew Fook, 
Pengerusi MPN Negeri Sembilan YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Adun Chuah YB 
Chai Tong Chai, Adun Ampangan YB Rashid Latiff, Ketua Cabang Rasah Hj Muhammad 
Kamel Yassin, Setiausaha MPN Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassim dan 
beberapa AJK Cabang Rasah.

Majlis jamuan minum petang tersebut bermula tepat jam 2.00 petang telah 
dihadiri 80 orang anggota Cabang Rasah dan penduduk sekitar. YB Dato' Kamarul 
dalam ucapannya menegaskan usaha menawan Dun Labu harus dipergiatkan dan dengan 
kewujudan Ranting Bandar Enstek ini telah menambah sokongan ke arah matlamat 
tersebut. Beliau menyatakan sekiranya Dun Labu berjaya ditawan dan dimenangi 
oleh PKR, maka seluruh Negeri Sembilan akan turut dapat dikuasai oleh Pakatan 
Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Beliau turut menyeru supaya rakyat di Dun Labu khususnya di Bandar Enstek 
sama-sama memberi mandat kepada PR untuk mentadbir negeri ini akan datang. 
Beliau turut mengambil contoh kemajuan dan kemudahan negeri Selangor yang 
diperintah di bawah kerajaan PR antaranya pemberian air percuma 11 meter padu. 
Bandar Enstek hanya bersebelahan dan bersempadan dengan negeri Selangor yang 
cuma dipisahkan oleh jaringan pencawang eletrik tetapi melihat perbezaan ketara 
kemudahan yang diterima dari Negeri Sembilan berbanding Selangor.

Walaupun Adun Labu yang juga seorang Exco Kerajaan Negeri tetapi tiada 
perubahan besar yang mampu dibawa sedangkan Bandar Enstek dan Dun Labu 
berhampiran dengan kawasan pesat sekitar KLIA. Dato' Kamarul turut mengambil 
contoh yang berlaku di Dun Linggi yang wakil rakyat juga seorang Exco Kerajaan 
Negeri tetapi kawasan tersebut masih ketinggalan jauh daripada pembangunan. 

"Jika dilihat dari satelit atau kapal terbang, kalau dari Bandar Melaka sampai 
ke sempadan Linggi cerah dengan lampu-lampu jalan, yang gelap-gelita selepas 
masuk sempadan Negeri Sembilan itulah Linggi!" tegas beliau sebagai 
memperlihatkan jauhnya ketinggalan kawasan Linggi daripada nikmat pembangunan.

Majlis petang itu tamat jam 5.00 petang.




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke