Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

25th July 2010

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan 
kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di 
isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di 
penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa 
ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di 
pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, 
eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. 
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya 
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya 
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk 
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit 
pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang 
selama ini.

3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia 
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita 
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. 
Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai 
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah 
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama 
insan lain kebahagiaan kita ini.

4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana 
puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu 
bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja 
dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak 
ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana 
dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti 
yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak 
ketiga. Menguntungkan bukan?

5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. 
Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana 
adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan 
lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan 
dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan 
bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan 
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu 
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga 
kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan 
menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu 
menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan 
penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. 
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program 
ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

TeMaN: Para-para Isteri/Perempuan, sila-lah beri surat keputusan pemohonan 
yer...

p.s: Jika anda sedang merancang untuk membangun Sistem baru, atau menaik-taraf 
Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda.
 
Servis yang saya sediakan...

1. Menambah-baik Sistem lama
2. Membaik-pulih Sistem sedia ada
3. Membangun Sistem baru
4. Membantu projek pelajar

Lihat profail saya: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf
facebook.com/reffsp


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke