Bayangkan hari ini seperti biasa kita menggunakan jalan raya yang sama untuk ke premis perniagaan kita.
Sepanjang perjalanan itu berapa banyak papan iklan gergasi<http://www.iklanjualan.com/> atau billboard dapat kita lihat. Ia berada di kiri dan kanan jalan. Ada juga yang berada di tengah-tengah jalan sehinggakan kita perlu mendongak ke atas apabila menghampiri papan iklan itu. [image: images?q=tbn:ANd9GcTBcAMK-QuxkYLvLeOJ75RYN51mTXxvWu5x00dyFLhwMRyr2p_D] *Contoh billboard di tepi jalan* Billboard merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh peniaga bagi tujuan perniagaan mereka. Ia memenuhi beberapa strategi yang mahu dicapai oleh peniaga. Setiap kali kita melihat iklan jualan <http://www.iklanjualan.com/> pada billboard, ia telah membantu peniaga memberita kita beberapa perkara. - *Pertama* kita sedar kewujudan perniagaan itu. - *Kedua* kita tahu produk dan perkhidmatan yang ditonjolkan - *Ketiga* kita tahu logi atau nama perniagaan yang dipaparkan Billboard memainkan peranan memasarkan jenama. Tetapi sejauh mana kita mengingati setiap baris huruf yang tertera pada billboard? Soalan ini mendorong peniaga berfikir apakah cara bagi memastikan apa yang mereka paparkan 'melekat' dalam kepala pelanggan. Sekiranya kita sebagai peniaga apa yang akan kita lakukan? Di sini barulah psikologi pengiklanan <http://www.iklanjualan.com/> mengambil tempat. Mereka mengenalpasti satu situasi. Para pemandu dan pejalan kaki tidak akan berhenti semata-mata mahu membaca iklan<http://www.iklanjualan.com/> . Tidakah itu merugikan peniaga yang berbelanja bermula dari RM40,000 ribu semata-mata bagi memaparkan iklan pada billboard? Psikologi pengiklanan menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan formula lima. *Apakah Itu Formula Lima?* Formula Lima yang digunakan pengiklan memberitahu kita satu perkara, "*Itulah jumlah perkataan yang dapat dilihat dan dibaca sekali imbas dalam tempoh kurang satu saat*" Maka para pengiklan menyarankan peniaga, jika mahu beriklan, mulakan teks iklan hanya lima patah patah perkataan. Ini adalah teknik pengiklanan untuk pelanggan yang sibuk. Dari lima patah perkataan inilah 60 peratus jualan pertama datang. Formula 5 menjadi amalan peniaga besar. *(1) Para penerbit buku menggunakan lima patah perkataan untuk memancing pembaca membelek buku sebelum membayar di kaunter.* * * *(2) Nama produk dan perkhidmatan menggunakan lima patah perkataan agar lebih mudah diingati* * * *(3) Tajuk presentasi jualan menggunakan lima patah perkataan bagi mengikat tumpuan hadirin* * * *(4) Kempen pilihanraya pun menggunakan lima patah perkataan untuk menarik undi! * Inilah yang membezakan iklan jualan <http://www.iklanjualan.com/> amatur yang hanya memikirkan apa yang dimahukan peniaga berbanding apa yang pelanggan mahu lihat. Mereka memahami formula lima yang disampaikan oleh pakar psikologi pengiklanan. *“Pelanggan dapat menghidu, menyentuh, merasa dan mendengar dengan hanya melihat 5 patah perkataan pertama dalam iklan jualan.<http://www.iklanjualan.com/> ”* Semua derianya berperanan mendorong pembelian. Bayangkan jika kita tidak dapat menarik perhatian mereka dalam tempoh kurang sesaat. Kita kehilangan 60 peratus jualan. Itu sudah pasti! Penulisan iklan jualan <http://www.iklanjualan.com/> adalah kaedah yang paling berpengaruh digunakan oleh peniaga ke atas pelanggan. Peniaga produk dan perkhidmatan bertaraf 'big boy' atau pemain utama telah lama menggunakan penulisan iklan jualan berpengaruh berkali-kali. Kaedah itu tidak didedahkan dan tidak diajar kepada peniaga kecil. Inilah satu langkah ke hadapan mereka meninggalkan peniaga lain yang masih mencari-cari cara. Kaedah ini dan beberapa strategi 'fail hitam' peniaga besar atau big boy akan didedahkan kepada peniaga kecil. Para peniaga kecil, baik yang berpremis, sambilan dari rumah, SOHO, peniaga online dari seluruh negara akan berkumpul pada 15 dan 16 Januari ini di Kuala Lumpur. 'Fail hitam' akan dibuka kali pertama pada tahun ini. ---- B*engkel Power Selling Dengan Iklan Jualan* *Tarikh 15 & 16 Januari 2011* *Pusat Latihan Akademi Usahawan @ BilikTraining.Com * *9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur* *Klik dan pendaftaran terhad di http://www.iklanjualan.com* *BONUS BAGI 15 PENDAFTARAN TERAWAL, WEB HOSTING DAN DOMAIN (.org, .com, .net) PERCUMA UNTUK TEMPOH SETAHUN* Bertindak sekarang, layari www.iklanjualan.com SEKARANG!! -- * FN Education Group* *www.fnedugroup.com* *(Fauzul Na'im Sdn. Bhd. (842439-K)) 9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA* Tel: (+6) 03 4149 2560 Fax: (+6) 03 4149 3560 E-mail: [email protected] *Pegawai Perhubungan Syarikat:* Tuan Shahril Azhar Zainal Abidin, Pengurus Unit Latihan Korporat: (+6) 017 526 0580 Tuan Alizan Nasyran Mohd Shaupi, Pengurus Unit Latihan Umum & Kerjasama Strategik: (+6) 012 672 3128 *Our Subsidiaries:* - *Akademi Penulis Sdn. Bhd. (www.akademipenulis.com) * - *Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. (**www.akademiusahawan.com.my)* - *Akademi Protokol Sdn. Bhd. (**www.akademiprotokol.com)*

