Macamana remaja nak hormat polis, nak hormat peraturan jalanraya di Malaysia 
ini kalau pemimpin Umno sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik apabila 
turun padang bertemu rakyat. Jangan salahkan remaja kita dan rakyat tidak 
memakai topi keledar.

Gambar Menteri Besar N.Sembilan tak pakai topi keledar bawa motosikal di 
http://amkns.blogspot.com/2010/12/mb-nsembilan-ajar-mat-rempit-cara.html 

Gambar Timbalan Perdana Menteri tak pakai topi keledar membonceng motosikal di 
http://pasns.blogspot.com/2009/11/tim-perdana-menteri-tunjuk-contoh-naik.html 

*********** 

TAK HIRAU KESELAMATAN

Berita Harian 24 Dis 2010 

Kurang tindakan penguatkuasaan punca ramai tidak pakai topi keledar di Pekan 
Chaah 

SEGAMAT: Sengaja tempah bahaya! Itulah tindakan dilakukan kebanyakan penunggang 
motosikal di pekan ini terutama golongan remaja yang tidak mengendahkan 
peraturan pemakaian topi keledar sebagai pelindung keselamatan ketika 
menunggang kenderaan itu di jalan raya. 

Tinjauan Edisi Johor mendapati tidak kurang daripada 10 penunggang motosikal 
dipercayai dari kawasan perumahan berdekatan, sama ada yang menunggang 
bersendirian atau membawa pembonceng yang tidak memakai topi keledar, bebas 
berlegar-legar di tengah pekan ini. 

Apa yang menghairankan, mereka yang secara terang-terangan melanggar peraturan 
lalu lintas itu tidak merasa takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa 
terutama terdapat Balai Polis Chaah, di sini berada betul-betul di tengah pekan 
terbabit. Masalah itu menimbulkan rungutan sebahagian besar orang ramai di 
pekan ini yang berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas 
penunggang motosikal yang mengingkari peraturan berkenaan bagi keselamatan 
nyawa mereka sendiri. 

Peniaga cendol, P Muthusamy, 54, berkata masalah berkenaan sebenarnya sudah 
berlarutan di pekan terbabit dan mengakui kurangnya penguatkuasaan oleh pihak 
berkuasa menjadikan amalan berkenaan terus berleluasa hingga sekarang. 

“Ia sebenarnya pemandangan biasa di pekan ini sejak 10 tahun lalu. Sebahagian 
besar penunggang motosikal terutama yang tinggal berdekatan pekan ini tidak 
memakai topi keledar ketika membeli-belah di pasar dan berurusan di pejabat pos 
terletak di tengah pekan ini. 

“Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak 
berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di 
depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan,” 
katanya. 
Penduduk Marzuki Pariman, 44, menuntut supaya penguatkuasaan lebih tegas perlu 
diambil pihak polis di pekan terbabit bagi membendung masalah berkenaan selain 
mendidik golongan penunggang motosikal supaya patuh kepada undang-undang jalan 
raya. 

“Saya berharap pihak polis di pekan ini dapat mengadakan sekatan jalan raya 
secara berterusan selepas ini bagi menahan dan mengenakan tindakan saman ke 
atas penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan keselamatan berkenaan 
sebagai pengajaran kepada mereka. 

“Walaupun nampak tegas, tindakan ini wajar diambil bukan saja bagi mendidik 
mereka supaya lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan malah lebih menghargai 
nyawa dan keselamatan diri mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang 
tidak diingini,” katanya.  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takhiraukeselamatan/Article 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke