Inilah dilema di Negeri Sembilan. Ada anak 7 orang semua dah berkahwin , tetapi 
ibu tinggal sendirian di rumah yang semakin reput. Rumah yang didirikan atas 
tanah Adat Perpatih hanya boleh diturunkan ke anak perempuan. Kalau anak 
perempuan tadi tidak ada anak perempuan pula, maka bila anak perempuan dia 
meninggal dunia, rumah tadi akan diwariskan ke sepupu perempuan. 
Berbelit-belitkan? Adakah apa yang dialami makcik di bawah ini berpunca dari 
Adat Perpatih? Saya pun tak pasti. Tapi kampung saya di Rembau banyak rumah 
tinggal.

Artikel saya sebelum ini Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan di
http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html 

************************* 

KEDIAMAN SEMAKIN REPUT 

Sinar Harian 24 Dis 2010 

Tanjung Ipoh, Kuala Pilah  – Seorang warga emas yang tinggal di kampung Tengah 
Ulu di sini, hidup sendirian di rumah usang, setelah semua tujuh orang anaknya 
mendirikan rumah tangga. 

Difahamkan, rumah itu sudah berusia lebih 40 tahun dan hampir separuh dinding 
rumah itu sudah rosak dan berlubang akibat dimakan anai-anai. 

Awi Ahmad, 73, berkata, masalah menjadi semakin teruk apabila anai-anai itu 
sudah mula merebak hingga mereputkan dinding dan dia terpaksa menadah air 
menggunakan bekas setiap kali hujan kerana bumbung rumahnya bocor. 

“Saya juga mengalami masalah penglihatan akibat tergelincir di atas tikar getah 
yang licin kerana dimasuki air hujan. Keadaan ini menyukarkan saya bergerak 
untuk membersihkan sarang anai-anai yang semakin besar di dinding rumah. 

“Saya tidak menyalahkan anak-anak kerana tidak membantu saya. Mereka ada 
keluarga sendiri yang perlu ditanggung. Biarlah saya hidup susah tetapi tidak 
mahu melihat anak cucu mati kelaparan dan mereka berhak menerima kehidupan yang 
lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya. 

Awi, yang lebih dikenali sebagai bidan Dewi Ahmad berkata, dia ada menerima 
bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan jumlah 
itu cukup untuk menanggung perbelanjaannya. 

Selain itu, katanya, dia memperoleh pendapatan hasil mengurut orang dan juga 
aktif mencari akar kayu untuk mengubati pelbagai penyakit, namun keadaan 
kesihatan tidak mengizinkannya ke hutan lagi. 

“Pada 2009, saya ada membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk membaiki 
bumbung dan baik pulih rumah. 

“Namun, sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif. 
Saya berharap proses permohonan itu dapat dipercepatkan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8551399.asp 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke