Dari: "norienn***" <nor...@yahoo...> Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
24 Disember 2010 Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu. Tuan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan bertarikh 25 July 2010 adalah berkaitan. 1. Saya dengan sukacitanya tidak menghalang permohonan pihak tuan untuk mengisi 3 lagi kekosongan yang ada. Calon tuan yang pertama, Cik Hana Fazura binti Ramli perlulah menjalani temuduga bersama saya selama seminggu sebelum kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Ini adalah demi kebahagiaan dan kelancaran organisasi kekeluargaan yang telah kita bina selama ini. 2. Untuk makluman pihak tuan, menurut perjanjian yang telah tuan lafazkan dahulu, separuh daripada duit pelaburan ASB tuan telah dijanjikan untuk pembiayaan saya dan anak-anak untuk menunaikan haji bersama-sama. Saya merasakan semangat saya hilang kerana jika perjanjian yang dahulu tidak dapat tuan tepati, masakan janji-janji baru akan tuan tepati juga. Haiwan berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. 3. Saya mengakui bahawa apa yang kita miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan saya seperti gitar, tapi tuan juga yang tidak suka saya ramping bak kerenga kerana takut diambil orang, kini setelah melahirkan zuriat tuan, sudahpasti badan bertukar menjadi drum. Bahkan pihak tuan sendiri kalau dahulu seperti Rosyam Nor, sekarang seperti mengandung 5 bulan tak sudah-sudah. Saya mohon untuk pihak tuan membuat pertimbangan sambil mencerminkan diri sendiri. 4. Faedah yang pihak tuan tawarkan memang agak menguntungkan pihak saya. Walaubagaimanapun, Elaun perbelanjaan mestilah dinaikkan kerana cuti rehat yang lebih memerlukan perbelanjaan yang lebih. Ini bermakna kalau dahulu separuh gaji adalah untuk saya, kini perlu ada penambahan dengan pendapatan 30% daripada sumber saham2 tuan yang sedia ada. Hal ini belum termasuk bonus perayaan dan bonus tahunan. Tidak dilupakan elaun persekolahan anak kita, maklumlah anak kita yang dilahirkan 10 tahun dahulu kini telah mula membesar dan akan memasuki darjah 5 tahun hadapan. Sudah pasti urusan pembelajaran anak wajib diberi perhatian sepenuhnya lebih-lebih lagi untuk persediaan UPSR beliau pada tahun berikutnya. Tentu sekali tuan tidak mahu pembelajaran anak terkandas kerana mendapat seorang lagi ibu??.. 5. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hanya kebisuan dari pihak saya yang akan tuan terima jika permohonan ini tetap diutarakan. 6. Dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat saya pertimbangkan kerana didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 7. Akhir kata, saya harap permohonan ini dapat dibatalkan secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama tanpa pihak ketiga akan terus dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih. "BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA" Yang Ikhlas Memohon, Isteri binti Perempuan ### Nota: Di atas balasan kepada surat permohonan POLIGAMI dibawah... ### Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu. Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu. 25th July 2010 Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI Perkara di atas adalah di rujuk. 1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang. 2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih. "BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA" Yang Ikhlas Memohon, Suami bin Lelaki TeMaN: Para-para Isteri/Perempuan, sila-lah beri surat keputusan pemohonan yer... p.s: Jika anda sedang merancang untuk membangun Sistem baru, atau menaik-taraf Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda. Servis yang saya sediakan... 1. Menambah-baik Sistem lama 2. Membaik-pulih Sistem sedia ada 3. Membangun Sistem baru 4. Membantu projek pelajar Lihat profail saya: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf facebook.com/reffsp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

