Patut makin maju, makin ‘paperless’ , tapi tak, makin maju makin berat beg 
budak sekolah. Kalau di Terengganu pula pelajarnya mungkin beg berat pun kena 
bawa, komputer e-book pun kena bawa. Analisis isu ini sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/sistem-pelajaran-di-malaysia-semakin.html 

Utusan Malaysia 30 Dis 2010 
ISU BEG SEKOLAH BERAT, ADAKAH MASIH RELEVAN?
Oleh Norrihan Sulan - Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan 
Universiti Malaysia Pahang.

TAHUN baru persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi tentunya disambut 
dengan pelbagai reaksi. Bagi anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 
Tahun 1, tentunya merasa seronok melangkah ke alam persekolahan sebenar, tidak 
boleh main-main lagi. 

Jika berada di tadika, adakalanya malas hendak ke sekolah, mungkin ibu bapa 
masih akan lembut hati melayan kerenah sedemikian. 

Sekarang, anak-anak akan melangkah ke Tahun 1, ibu bapa perlu lebih serius dan 
peka dalam memahami kehendak anak-anak dan juga memerhati perubahan tindak 
tanduk anak-anak.

Isu yang boleh dikatakan sudah lama dan lapuk kembali lagi. Setelah beberapa 
tahun berlegar di sekitar permasalahan beg berat, adakah isu ini sudah 
ditangani dengan jayanya? 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menulis dalam sebuah 
akhbar harian tahun ini yang menyatakan bahawa isu ini belum selesai. Kenapakah 
isu yang boleh dianggap kecil ini tidak dapat diatasi dengan efektif. Apakah 
lagi yang boleh dicadangkan untuk menangani masalah ini?

Ketika isu beg sekolah berat ini hebat diperkatakan, banyak cadangan yang telah 
diajukan kepada pihak-pihak yang berkaitan; ibu bapa, guru, Jabatan Pendidikan 
dan juga Kementerian Pelajaran. 

Antara yang pernah dicadangkan adalah pihak sekolah menyediakan lokar bagi 
memudahkan pelajar menyimpan buku yang tidak perlu dibawa balik dan guru pula 
dicadangkan merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan apa 
yang hendak diajar agar pelajar hanya perlu membawa buku yang berkenaan sahaja.

Ibu bapa pula disaran agar meneliti jadual waktu anak-anak dan memastikan 
anak-anak membawa buku yang dijadualkan sahaja. Sesetengah buku teks juga telah 
dibahagikan kepada beberapa jilid agar tidak terlalu tebal dan berat untuk 
dibawa ke sekolah. 
Sekurangnya-kurangnya pihak yang berwajib bersikap responsif kepada 
permasalahan ini. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan sejauh mana 
cadangan-cadangan tadi telah direalisasikan oleh pihak sekolah, guru dan ibu 
bapa.

Kini, selepas beberapa tahun isu beg berat ini menjadi perbahasan pihak-pihak 
yang terlibat, adakah masalah ini telah diatasi dengan jayanya? Masih adakah 
rungutan ibu bapa? Jika tiada rungutan, adakah ini bermakna masalah ini sudah 
lenyap? Atau, masalah ini masih berterusan tetapi didiamkan sahaja kerana tiada 
kesudahannya? 

Kadang-kadang masyarakat cenderung menyatakan anak-anak zaman ini terlalu 
dimanjakan dan isu ini tidak lagi relevan walaupun ada kajian menyatakan kesan 
bebanan yang berat menyebabkan kanak-kanak mengalami sakit belakang dan 
simptom-simptom lain yang menjurus kepada akibat terlebih bebanan ini.

Perlu diimbas di sini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia pernah menjalankan 
kajian khusus pada 2003 bagi mengenal pasti punca sebenar masalah beg berat 
ini. 

Kajian yang dijalankan mendapati berat sebenar keseluruhan buku teks adalah di 
antara 2.8 kilogram hingga tiga kilogram sahaja bagi sesuatu tahun. Menurut 
sumber Kementerian Pelajaran juga, berat ini akan jauh berkurangan jika pelajar 
membawa buku teks mengikut jadual harian. 

Bebanan lain termasuk buku kerja tambahan, buku rujukan, botol air dan kotak 
pensil. Perlukah semua buku tambahan, rujukan dibawa ke sekolah setiap hari?

Di sinilah, peranan guru sangat penting dalam menyediakan perancangan 
pengajaran yang berkesan. Perancangan sangat penting dalam apa juga situasi 
yang kita hadapi. Begitu juga dalam merancang strategi pengajaran dan 
pembelajaran. 

Kita sedia maklum bahawa guru-guru pada umumnya sangat terlatih dan mampu 
mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, namun mungkin ada 
ketika berlakunya kekeliruan tentang apa yang hendak diajar pada hari tersebut 
berlainan dengan apa yang dinyatakan kepada pelajar.

Sebagai contoh, mata pelajaran Bahasa Inggeris. Adalah tidak mungkin bagi 
seorang guru untuk mengajar pemahaman dan penulisan dalam peruntukan waktu yang 
sama. Kita sedia maklum bahawa kebiasaannya guru akan menetapkan hari-hari 
tertentu untuk mengajar kemahiran tertentu. Jadi, pelajar akan membawa buku 
yang berkaitan dengan kemahiran yang mahu diajar pada hari tersebut. 

Kekeliruan mungkin timbul apabila kita tidak mengikut perancangan. Contohnya, 
pada hari yang sepatutnya pelajar diajar kemahiran penulisan, mereka sebaliknya 
diminta mengeluarkan buku pemahaman. Jika pelajar tidak membawa buku tersebut, 
pelajar akan dimarahi. 

Bagi sesetengah guru yang terlebih emosi, kemarahan akan disertai dengan 
kata-kata yang agak tidak sesuai untuk dilontarkan kepada pelajar. Bagi pelajar 
yang baru menginjak ke alam persekolahan sebenar di mana persekitarannya agak 
berbeza dari persekitaran pra-sekolah, pengalaman dimarahi guru sangat 
menakutkan. Di situlah bermulanya budaya angkut semua buku sekolah agar tidak 
tersilap lagi dan tidak dimarahi lagi. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
  




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke