REMBAU 30 Dis. 2010 - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh 
sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung 
Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, 
mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak 
dengan parang oleh penjenayah terbabit.

Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak 
mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.

Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya 
dan melarikan senapang patah serta peluru.

"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit 
dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan 
RM40,000," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di 
tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang 
perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat 
keluarganya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
 

REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan 
selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga 
daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di 
kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak 
dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, 
di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu 
selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut 
mereka menggunakan kain.

Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri 
bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta 
peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunsempatmandi/Article/index_html
 

Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi 
apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila 
beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.

Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya 
yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka 
ditutup dengan kain.
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/30/mstar_jenayah/20101230184906&sec=mstar_jenayah
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke