Dari Blog Singalautmetro. 1 Jan 2011- SEGAMAT: TENANG SEMAKIN TIDAK TENANG: 
LADANG BUKIT DATOK TENANG STATION, LABIS DISERANG HANTU BATERI!!!! INI kisah 
gempar yang sedang berlaku di sebuah ladang getah berdekatan Tenang, di kawasan 
pilihanraya kecil yang akan berlangsung 30 Januari ini. Lebih 450 penduduk yang 
mendiami rumah ladang di kawasan itu pelik dan kebimbangan berikutan kejadian 
hujan batu dan bateri, menyerang perumahan mereka sejak dua bulan lalu.

Pelbagai jenis batu seperti gravel, batu landasan keretapi dan bateri lampu 
suluh kini menyerang dinding dan tingkap kaca rumah mereka, sehingga banyak di 
antaranya pecah. Kesemua objek itu datang dari satu arah dan kejadian ini 
berlaku sambil disaksikan anggota polis!

Seorang penduduk, Ellan Senaya, 32, memberitahu HARIAN METRO, kejadian pelik 
itu berlaku sejak dua bulan lalu, dipercayai ada kaitan selepas seorang 
pengamal perubatan dikatakan menangkap makhluk halus dan memenjaranya di dalam 
botol. Botol itu kemudian ditanam berdekatan sebuah perkuburan India tidak jauh 
dari kawasan perumahan terbabit.

"Pada awalnya penduduk tidak menghiraukan kejadian itu kerana menyangka ia 
perbuatan budak nakal dan hanya mengenai bumbung serta melibatkan enam rumah 
sahaja" katanya.

Bagaimanapun, kata Senaya lagi, sejak akhir-akhir ini ia menjadi-jadi dan 
balingan pebagai objek keras itu telah banyak memecahkan cermin tingkap rumah 
penduduk.

Malah ia bukan sekadar omong kosong, apabila kejadian yang membimbangkan itu 
turut disaksikan beberapa anggota polis. Seorang anggota polis dari Balai Polis 
Tenang, dilihat terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian 
jam 12 tengah malam semalam.

Apabila anggota polis itu cuba menyiasat arah datang objek itu, semakin banyak 
pula cermin tingkap penduduk pecah akibat lontaran bertali arus!

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Aziz Mohd Ali, bagaimanapun 
menasihatkan penduduk bertenang buat sementara ini dan berwaspada serta tidak 
membuat sebarang spekulasi kerana polis sedang menyiasat kejadian itu daripada 
pelbagai aspek. 

Sumber :
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/segamat-tenang-semakin-tidak-tenang.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke